Tuesday, August 31, 2010

Ala Kadar Atau Lailatul Qadar? Berdengkur Atau Bertafakur?


Ala kadar atau Lailatul Qadar?

Berdengkur atau bertafakur?



Mari same2 kita renungkan, bila dah akhir Ramadhan ini, adakah amalan kita ala kadar atau mengejar lailatul qadar? mesti bnyk antara kita ni hanya buat ala kadar,contohnya:

“Alarh, balik shopping nanti aku buatlah solat tarawikh, 8 rakaat pon cukup what..”

“Balik rumah nnti aku mengaji lar, bnyk kerja la skrg ni..”

“Aku tak sempat nak solat sunat la, sbb asyik sibuk sediakan sahur..”

“Kalau tak pergi beli brg raya malam ni jugak, mesti tak sempat punya nak beli waktu lain. Jualan murah waktu malam je ada..”

Jawpn2 kita mcm inilah yg melambngkan ibadah kita ala kadar.


Sedangkan, makin nak habis Ramadhan ni, kita patut merasa lebih sedih, lebih mengangis, lebih syahdu, lebih rajin beribadat, lebih insaf.

Tapi, kita ni duk sibukkan diri dengan persiapan raya. Sedangkan kita lebih patut “menghidupkan” Ramadhan dari bulan2 yg lain.

Malam2 terakhir Ramadhan kita di sejadah atau di shopping complex?

Malam2 terakhir Ramadhan kita di surau atau di katil?

Malam2 terakhir Ramadhan kita berdengkur atau bertafakur?

Mcm mana pula dengan Lailatul Qadar? Apa tu?


Allah s.w.t. telah berfirman :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1)”

“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui

apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2)”

“Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.(3)”

“Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);(4)”

“Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!(5)”

(Surah Al-Qadr,ayat 1-5)

Ikut satu pandangan, ayat ni diturunkan berdasarkan satu riwayat Ali bin Aurah, pada satu hari, Rasulullah s.a.w. telah menyebut 4 org Bani Israel yg telh beribadah kpd Allah selama 80 tahun. Mereka sikit pon tak derhaka kpd Allah, lalu para sahabat kagum dengan mereka. Malaikat Jibril lalu dtg beritahu Rasulullah bahawa Allah s.w.t. menurunkan sesuatu yg lebih baik drpd amalan mereka (Bani Israel) td. Jibril pon membaca Surah Al-Qadr. Ayat ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira. Kita mcm mana?


Hanya satu amalan, keuntungannya sama dengan kebaikan selama 83 tahun 4 bulan.Sampaikan malam yg “special” ni hanya diberi pada umat Nabi Muhammad s.a.w.


Anas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terhalang daripadanya maka terhalanglah dia daripada seluruh kebaikan, dan tidak terhalang daripada kebaikan melainkan seseorang yang benar rugi.”

(Riwayat Ibn Majah)

Maksudnya, orang yg terlepas dari malam al-Qadr ni, maka sngtlah ruginya dia.


Rasulullah juga bersabda, diriwayatkan Abu Hurairah r.a.:

“Sesiapa yang mendirikan ibadat pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan ihtisab (yakni ikhlas mengharapkan ganjaran daripada Allah), diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Bagi kaum wanita yg uzur, maka haruslah anda

bangun malam amalkan doa dan zikir.


Rebutlah peluang yg ada ni, sbb kita tak tahu kita ni smpai ke tidak ke Ramadhan yg seterusnya. Alangkan Nabi Muhammad sndiri selalu berdoa agar Baginda dipanjangkan umur utk merasa Ramadhan yg akan dtg.


Kesimpulan:

- Luangkan masa yg ada utk beribadat malam, jgn jadikan kerja sebagai alasan utk mencari rezeki. Sedangkan kita tahu Allah yg beri rezeki kerja kita tuh. Jadi, kenapa payah sngt utk kita sujud kepada Pemberi Rezeki kita?

- Tidak semetinya org yg dapat merasai Lailatul Qadar ni perlu berada di masjid dan surau. Di dalam rumah, di dalam bilik pon boleh.

- Tidak moleklah diceritakan kpd org lain yg kita dapat merasai Lailatul Qadar. Tak perlu heboh pd org yg kita sempat solat2 sunat pd malam itu. Tak perlu diceritakan. (ini yg slalu berlaku, contohnya..”Mlm td aku rasa dingin sngt, smpaikan ada pakcik kat surau tuh, pakai baju putih tegur aku, salam aku..pergh, lailatul qadar memang best.”


Muhasabah Diri, Hiasi Peribadi.Wallahualam.

2 comments:

Moon said...

best..:)
thanks for this zaki..=)

Sihat Muslim said...

sesame atin.

Post a Comment