Wednesday, March 30, 2011

Depression - Kaitan Dalam Perubatan, Islam & Cara Ubati?

Assalamualaikum.

Pada minggu ini admin berminat untuk sentuh berkaitan stress, kerana salah satu Student’s Presentation untuk Case 2 Semester 4 ada menyentuh berkaitan depression. Masalah emosi, kebimbangan sangat (anxiety) yg tak dirawat akan menyebabkan orang itu mengalami kemurungan (depression).

Anxiety & depression ini pada awalanya tidak merbahaya mana, tapi kedua-duanya merupakan permulaan bagi masalah ANXIETY DISORDER yang diperiksa oleh doktor. Malangnya, ramai dalam kalangan kita temui jalan buntu untuk ubati penyakit ini sampai ada yang berputus asa, mengambil jalan mudah, dengan membunuh diri. JANGAN!

Kaitan Dukacita/Depression Dalam Fakta Perubatan

-Mempunyai kesan terhadap jantung

-Menyebabkan tekanan darah tinggi

-Menyebabkan Reumatik (penyakit yang menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pada sendi)

-Mempunyai kesan dalam proses penghadaman

-Boleh menyebabkan selesema, dan kalenjar beguk

-Kita mula mengambil pemakanan bergula & bergaram dengan banyak

Satu petikan ayat daripada pakar barat, Dr. Joseph F. Montagno, “Punca barah yang anda tanggung bukan berasal daripada makanan yang anda makan, tetapi kerana sesuatu yang memakan dirimu.”


Kaitan Dukacita/Depression Dalam Islam

Hadith Riwayat Ibnu Hibban, Rasulullah pernah bersabda setelah ditanya oleh sahabat:

“Siapakah orang yang paling banyak sekali terkena ujian?” Jawab baginda: “Nabi dan seterusnya orang yang sumpama mereka. Maka barangsiapa yang tebal imannya, nescaya banyaklah ujian yang akan menimpanya dan barangsiapa yang lemah imannya sedikit pula ujiannya.”

Ada disebut dalam buku La Tahzan, Dr. ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni:

“Jangan bersusah hati sebab ia hanya akan membuatmu lemah dalam beribadah, malas untuk berjihad, putus harapan dan mengheretmu untuk berburuk sangka. Jangan berdukacita, sebab rasa sedih dan susah hati ialah akar kepada pelbagai penyakit jiwa, punca penyakit saraf, penghancur jiwa dan penyebar keraguan & kebingungan.”

Jangan ambil jalan mudah. Orang Islam ada 1001 cara untuk hilangkan kesedihan. Tidak kisah berpunca disebabkan apa sekali pun.

Surah Al-Taghabun, ayat 11:

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ
وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. “


Potongan ayat 286, Surah Al-Baqarah:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…”


Fahamilah, segala musibah itu datangnya dari Allah sebagai satu ujian. Tetapi, Allah tidak akan membebani hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hamba-Nya. Betapa Pemurah & Penyayangnya Allah S.W.T.

Jangan mudah putus asa. Tabahlah, dan bukannya rebah!

Potongan ayat 87, Surah Yusuf:

يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ

“..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."

Berubat Dengan Cara Islam?

Tips mudah mengatasi kekecewaan/putus cinta yang diajar oleh Tuan Guru Dato’ Dr.Haron Din, yang ingin admin kongsikan, amalkan yang berikut:

-Potongan ayat 39, Surah Ar-Ra’d:

يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ

“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki..”

Wallahualam.*Jom layan lagu nasyid best sekejap, tajuk "Pupus".Nyanyian kumpulan Firdaus & Faizal Tahir.


Rujukan:

-Al-Quran

-Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit, Darussyifa'

-Pembacaan Ilmiah Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif, Lulusan Ijazah Universiti Al-Azhar bidang Usuluddin

0 comments:

Post a Comment