Monday, March 21, 2011

Gugurkan Bayi Dalam Islam? - Case 1, Sem 4


Assalamualaikum. Pertama sekali bersyukur, siang tadi tamat sesi PBL Ke-2, Case 1 Semester 4. And one of the student presentations kali ni, bertajuk Legal Causes Termination Of Prenancy. Salah seorang rakan kita tadi ada terangkan serba sedikit penjelasan berkaitan pengguguran bayi dalam Islam.

Maka, insyaAllah kali ni admin kongsikan sedikit.

*Entri kali ni admin lebih suka tampilkan dalam bentuk soalan2, supaya tak bercampur-aduk pemahaman tu ya.

1. Adakah dibenarkan utk gugurkan baby, in case of baby tu ada penyakit genetik atau pun cacat kekal apabila lahir?

Pengguguran biasanya tak diizinkan malahan bertentangan dengan ajaran Syariah. Tapi, ia dibolehkan dalam keadaan tertentu yg mendesak seperti meneruskan kandungan yg boleh membahayakan nyawa si ibu.

Sama juga, untuk melaksanakan prosedur ini ke atas orang lain juga haram, sebagaimana apa yang haram bagi seseorang juga akan menjadi haram untuk dilakukan kepada orang lain.

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

ALLAH SWT berfirman, “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” –(potongan ayat 2, Surah Al-Maidah.)

-Kalau mmg dah disahkan oleh sepasukan doktor yg pakar & tsiqah (yakni dapat dipercayai dari segi pegangan agamanya) dgn ikut keputusan ujian makmal dan klinikal yg janin (fetus) itu tak normal, terjejas teruk, tak dapat dirawat, dan andainya dia lahir diyakini dia akan menderita sepanjang hidup dan juga menyebabkan kesulitan kepada keluarganya, maka bayi itu boleh digugurkan sebelum berumur EMPAT BULAN (120 HARI).

-Wanita yg dah hamil melebihi 4 bulan, HARAM menggugurkan kandungannya tanpa khilaf. Ramai ulama menukilkan IJMAK seperti Ibn Juzai dalam Qawanin Fiqhiyyah.

-Kerana selepas tempoh 4 bulan, sesuatu janin telah ditiupkan RUH ke dalamnya, dan ia dikira satu jiwa yang mempunyai kehormatan. Menggugurkannya bererti membunuh satu jiwa tanpa hak.

-Ianya terletak kepada tanggungjawab bagi mereka yang berhak seperti doktor dan ibu bapanya untuk menentukan hal tersebut.

-Adapun, sebelum janin melepasi tempoh 4 bulan, maka hukum menggugurnya adalah masalah khilafiyyah. Ada ulama haruskannya sebelum 4 bulan. Ada ulama mengharuskannya sebelum 40 hari. Dan ada ulama langsung tidak mengharuskannya.

2. Hukumnya tetap sama bagi kes rogol/zina juga ke?

-Hukum ini tidak membezakan antara janin yang tercipta melalui perkahwinan, atau melalui perbuatan zina, atau melalui paksaan (rogol). Sbb pertalian antara janin dengan ibunya adalah sah walaupun melalui zina, bererti ia adalah anak si ibu yg sah.

-Ianya cuma dikecualikan dlm kes2 darurat mcm contoh kalau diteruskan kehamilan, akan menyebabkan terancam nyawa si ibu. Maka dibenarkan menggugur kandungan untuk memelihara nyawa ibu.

-Dalam Surat Khabar Utusan, ruangan Fatwa Al-Azhar (tahun 2008), fatwa itu cakap, memilihpendapat HARUS menggugurkan kandungan jika disebabkan rogol, kerana menganggap ia salah satu keuzuran. Tetapi fatwa tersebut HANYA dalam kes SEBELUM janin mencapai 4 bulan, atau terbentuk rupa fizikalnya.

-Fatwa tersebut dilihat bertepatan dengan kaedah ‘Maslahat dan Mudarat’ dalam Islam. Sudah pasti wanita tersebut dan keluarganya tidak menyukai kehadiran janin yg tercipta dari benih seorang perogol. Maka ini satu keringanan, tetapi HANYA pada permulaan kandungan.

3.Walaupun dia orang miskin yang tidak dapat menanggung makan anak?

-Tetap sama apply hukum yang atas ni.

-Orang terbabit hendaklah terima takdir Allah (yang mengurniakan anak kepadanya) dan meyakini pemberian rezki dari Allah untuk makhluk yang Ia ciptakan. Firman Allah;

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءاً كَبِيراً

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31).

-Menggugurkan janin atau kandungan adalah berdosa kerana melakukan jenayah ke atas makhluk yg telah wujud sekalipun belum lahir ke dunia.

-Sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya setiap seorang dari kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya iaitu selama empat puluh hari sebagai nutfah (yakni air mani), kemudian ia menjadi ‘alaqah (iaitu segumpal darah) dengan tempoh seperti itu juga (yakni 40 hari), kemudian menjadi mudhghah (iaitu seketul daging) dengan tempoh seperti itu juga (yakni 40 hari). Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ia meniupkan ruh kepadanya” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a.).

-Hadis ini menunjukkan bahawa janin di dlm perut melalui proses kejadian yg ditetapkan Allah. Membunuhnya bermakna membunuh makhluk Allah yg sedang membesar. Maka, menurut ulamak; semakin meningkat usia janin itu, maka dosa membunuhnya semakin besar.

*Wallahu a’lam. Setakat ini sahaja. Case lain, kita cerita pasal lain pulak lain kali.

Rujukan:

*Al-Quran & Tafsir.

*Kesimpulan dari fatwa yg dikeluarkan oleh Komiti Perundangan Islam, Liga Muslim Sedunia dalam perjumpaan sesi ke-12, pandangan pendapat majoriti.

*Arkib Fatwa, dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î.

*Dijawab oleh Shaykh Muhammad ibn Adam al-Kawthari, Ulama Mazhab Hanafi.

*Al-Wafi Fi Syarhi al-Arba’in an-Nawawiyah, Dr. Mustafa al-Bugha.

*Fatwa (http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=18704)

*Fatwa (http://islamqa.com/ar/ref/12118/إسقاط)

*e-Fatwa JAKIM

0 comments:

Post a Comment