Showing posts with label Kisah Teladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Teladan. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Satu Kali Marah, Sama Seperti Satu Lubang..

Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia ni tak dapat kawal kemarahannya even hanya berdepan dengan satu masalah kecil jer. Pada suatu hari ibunya telah hadiahkan Said sebungkus paku.

“Untuk apakah paku-paku ini, ibu?” tanya Said
'‘Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu kat depan rumah kita ini untuk lepaskan geram kemarahanmu” jelas ibunya.

Pada hari pertama jer, Said dah memaku sebanyak 29 batang paku kat tembok tersebut. Selepas beberapa minggu, bila dia dapat kurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia dapati adalah lebih mudah kawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tak marah walaupun sekali. Dia terus beritahu ibunya hal tersebut dengan gembira.

Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said cabut balik paku-paku yang dah terpaku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said terus beritahu ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata, “Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi sekarang lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut.

Tembok itu tak akan kelihatan sama lagi macam yang sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.


Walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada pada manusia. Luka di hati pedih daripada luka fizikal.

Renungkan, InsyaAllah lepas entry ni, kita bincangkan pasal dalil/nas/ pandangan Islam mengenai MARAH. Wallahualam.

Sunday, March 14, 2010

Malaikat Menjauhkan Diri!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih,
Lagi Maha Penyayang

.DOSA.

Seksaan yg akan kita terima akibat dosa & maksiat yg dilakukan, ialah, kekasih & pelindung kita yg terdiri drpd Malaikat, akhirnya menjauhkan diri drpd kita.

Sebenarnya antara faktor kebahagiaan hamba adalah Malaikat harus ttp berada dekat dengan kita.
Kerana Malaikat ialah makhluk yang diperintahkan Allah kpd hamba-Nya.
Tapi,yg makin dekat dengan kita ialah Syaitan Laknatullah.

Terdapat dalam atsar yg pernah saya baca:

"Apabila seorang hamba berbohong, malaikat akan menjauhkan diri daripadanya jarak satu batu kerana bau busuk hamba tersebut."

Sunan at-Tirmizi: 1895 (mungkar)

Jom kita pikir balik, mcm mane pulak if seseorang tu berkali-kali berbohong, atau yang lebih common, buat dosa? Makin jauhlah jwbnya malaikat dengan kita.

Ada sebahagian Salaf yang ngatakan:

"Apabila ada org yg berzina, bumi berteriak ke hadrat Allah, para malaikat lari mengadu kepada Tuhan, kerana dasyatnya apa yg mereka saksikan"

MasyaAllah.
Tapi,malaikat ttp dekati hamba yg taat dalam laksanakan hukum2 Allah.
Malaikat akan jadi pengiring bagi insan tersebut dalm jalan menuju ke Keredhaan Allah.

Surah Fussilat, ayat 30-31:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا
وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۖ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ
وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ


[Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu.".(30) Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.(31)]

When malaikat jadi kekasih dan pemimpin insan tu, ini bermakna die dikasihi oleh makhluk yang paling setia, yang paling banyak dtgkan manfaat, yang paling baik terhadap hamba.

Malaikat akan kukuhkan dan kuatkan pendirian dan keyakinannya.
Potongan ayat Surah Al-Anfal, ayat 12:

إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلَائِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آمَنُوا

[(Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkan (pendirian) orang-orang yang telah beriman."]


Malaikat akan bg perangsang di saat2 hamba tu akan mati. Malaikat akan cakap:

"Janganlah merasa takut, janganlah bersedih hati, bergembiralah dengan apa yang akan mendatangakan kesukaan dan kegembiraan tuan"


*Muhasabah Diri, Hiasi Peribadi

To Be Continued..

Sunday, October 18, 2009

Pegang Api Masa Teringat ZINA!

Firman Allah dalam Surah Al-Israak, ayat 32, yang bermaksud:


“Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat.”


Ada seorang soleh yang sentiasa jaga diri daripada maksiat, sampaikan pada satu malam terlintas di hatinya hendak berzina dengan seorang wanita jelita kerana terpesona dengan kecantikannya!


Kebetulan pula masa itu, dia mempunyai sebuah pelita yang baru dinyalakan untuk menerangi rumahnya. Maka dia terus menajamkan pandangannya pada api yang sedang menyala pada sumbu pelita tadi.


Selepas itu, dia berbisik sendiri,Engkau (nafsu) mengajakku melakukan zina dengan wanita tadi? Baiklah! Aku akan letakkan jariku atas sumbu pelita yang menyala ini, kiranya ia tahan panas, aku akan turutkan kemahuan engkau (nafsu) itu!”


Maka dia meletakkan jarinya pada sumbu menyala tadi. Dan dia cuba menahan dirinya daripada kepanasan api itu, namun akhirnya dia mengalah kerana tidak tahan dengan kepanasan itu!


Dia pun berteriak,”Wahai jiwa,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan! Ini baru kepanasan api dunia engkau sudah tidak tahan, padahal api dunia itu telah disejukkan oleh Allah s.w.t. dengan air sebanyak 70 kali ganda supaya manusia boleh bertentangan dengannya!”


“Kalau dengan api dunia engkau sudah tidak tahan, apatah lagi untuk hadapi api neraka, yang panasnya 70 kali ganda lebih dasyat!


Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang terkutuk tadi. Sejak daripada itu, dia tidak lagi diganggu lintasan terkutuk seperti itu.

Monday, August 3, 2009

Petua Imam Syafie'

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah2 macam lemah badan, mata kabur dan sebagainya, mungkin boleh memanfaatkan petua ni,InsyaAllah;

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
Langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan
Terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
Makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin,tolong sebarkan maklumat ini Kepada Saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi Amalan kepada Kita semua.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang Berkekalan bagi Orang yang mengamalkannya.


Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Thursday, April 9, 2009

SEHARI DI PADANG MAHSYAR MENYAMAI 50 RIBU TAHUN DI DUNIA.

KUPASAN ISI DALAM BUKU KARYA TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ.



SEHARI DI PADANG MAHSYAR MENYAMAI 50 RIBU TAHUN DI DUNIA.



Berapakah lamanya manusia berada di Mahsyar iaitu sebelum kita semua dimasukkan ke dalam syurga atau dicampak ke dalam neraka?



Di akhirat tidak ada peredaran matahari lantaran matahari telah dilipat oleh Allah, tugasnya telah tamat. Sebab itulah para sahabat bertanya kepada Rasulullah, berapakah lamanya manusia mesti berada di mahsyar?



Dalam hal ini, Abu Said Al-Khudri meriwayatkan hadis Rasulullah S.A.W. Katanya, Rasulullah S.A.W. telah membacakan firman Allah yang bermaksud:



“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan

sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.”

Surah Al-Ma’arij (70:4)



Para ulama’ membandingkan alam akhirat itu berdasarkan ayat Al-Quran tersebut. Sekiranya manusia berada selama sebulan (30 hari) di akhirat, bandingannya dengan tahun dunia ialah 1.5 bilion tahun.



“Alangkah lamanya,” kata para sahabat apabila mendengar baginda membacakan ayat tersebut. Kemudian Rasulullah bersabda lagi bagi menyahut keluhan para sahabat itu dengan sabdanya yang bermaksud:



“Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman Tuhan, sesungguhnya Allah meringankan (tempoh masa di akhirat) bagi orang mukmin hanya sekadar lama masa bagi tempoh waktu melakukan solat fardhu.”



Singkatnya masa yang bakal ditempuh oleh orang mukmin sekadar satu solat fardhu. Lebih-lebih lagi bagi orang yang khusyuk dalam solat. Tetapi ada juga golongan yang resah-gelisah dalam mengerjakan solat walaupun hanya lebih kurang 5 minit lamanya. Sebab itu kita dapati ada orang Islam yang sanggup berlapar semasa bulan Ramadhan, tetapi paling susah untuk menunaikan solat.



Bagi golongan orang mukmin yang sebenar,tempoh masa yang bakal dilalui di padang Mahsyar selama 50 ribu tahun itu terasa amat singkat, seolah-olah seperti melakukan satu solat fardhu sahaja.



Setiap masa di padang Mahsyar ditentukan oleh Allah semata-mata Allah yang memanjangkan dan memendekkan masa. Dialah yang meringankan dan memberatkan suatu tanggungan.



Semoga kisah ini menjadi teladan kita bersama, ok?



Wallahu’alam.