Thursday, May 26, 2011

Satu Kali Marah, Sama Seperti Satu Lubang..

Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia ni tak dapat kawal kemarahannya even hanya berdepan dengan satu masalah kecil jer. Pada suatu hari ibunya telah hadiahkan Said sebungkus paku.

“Untuk apakah paku-paku ini, ibu?” tanya Said
'‘Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu kat depan rumah kita ini untuk lepaskan geram kemarahanmu” jelas ibunya.

Pada hari pertama jer, Said dah memaku sebanyak 29 batang paku kat tembok tersebut. Selepas beberapa minggu, bila dia dapat kurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia dapati adalah lebih mudah kawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tak marah walaupun sekali. Dia terus beritahu ibunya hal tersebut dengan gembira.

Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said cabut balik paku-paku yang dah terpaku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said terus beritahu ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata, “Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi sekarang lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut.

Tembok itu tak akan kelihatan sama lagi macam yang sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.


Walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada pada manusia. Luka di hati pedih daripada luka fizikal.

Renungkan, InsyaAllah lepas entry ni, kita bincangkan pasal dalil/nas/ pandangan Islam mengenai MARAH. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment