Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Rayakan Merdeka atau Merdekakan Raya?


Apa yang perlu dibebaskan (dimerdekakan) daripada sambutan hari raya kita ini?

Berkali-kali saya menukar siaran di kaca TV musim perayaan kali ini. Hajat di hati mahu lihat perubahan. Tiada beza raya tahun 2000 dengan 2011. Semuanya menzahirkan kemeriahan berhari raya secara berlebihan, bertambah dengan adegan lakonan yang tidak senonoh, sedangkan watak dan mesej yang cuba dibawa berunsur “Islamic” pada tajuk ceritanya.

Mungkinkah kita perlu menambah lagi satu kata falsafah, “Don’t judge a movie by its title”.

Media massa sepatutnya memberi input yang berunsur cara-cara nak jadi baik, bukan lebih kepada cara-cara nak jadi jahat.

Jangan jadi terlalu stereotaip sangatlah. Bila panas berita cerita kes mat rempit, maka bertimbun cerita mat rempit ditayangkan. Lepas itu, datang pula isu simbah asid, hantu, gangster jalanan dan lain-lain.

Lain pengarahnya, sama yang diarahnya (dituju).


Pesakit & Racunnya

Analogi mudah, pesakit yang sememangnya dah memang keracunan, apabila kita bagi racun jugak, maka bertambah parahlah pesakit itu.

Sama aplikasinya dengan umat Islam pada hari ini. Umat Islam sekarang dah memang ‘keracunan’ akibat keruntuhan akhlak, jadi bila dihidangkan santapan filem berunsur racun (macam mana nak jadi jahat), bertambah parahlah umat kita. Reverse psychology berlaku sebab nikmat jadi jahat lebih menggoda mata dan hati.

Sikit sangat cerita santapan spiritual, banyak sangat santapan sakit mental.


Ketam Mengajar Anak Berjalan

Teringat saya kata-kata seorang pelakon wanita setelah dibidas lakonannya yang berpurdah, tetapi tonjolkan pergaulan tidak sihat juga. “Kadang-kadang pengajaran boleh disampaikan dengan menunjukkan cara yang salah (tak baik) dalam satu perkara” lebih kurang begitu ayatnya dengan maksud yang sama. Senyum sinis saya dibuatnya.

Cukup dengan sekadar peribahasa saya sifatkan, bagai ketam mengajar anaknya berjalan. Kita kononnya nak bagi kesedaran pada mata manusia, tetapi kita sendiri yang buat (dalam drama/filem) adegan itu, macam mana nak “terketuk” kotak pemikiran kita.

Apalah sangat keputusan ‘ujian’ Ramadhan kita baru-baru ini, sampaikan kita nak beria-ria raya sakan bagaikan telah ‘lulus dan menang’.

Adakah waktu hari raya sahaja kita perlu tonjolkan filem dan adegan yang baik-baik? Tidak.


Tok Guru Media Massa

Dari sinilah kita dapat lihat, jiwa anak didik Tok Guru Media Massa yang belum berubah malah bertambah parah. Baru sahaja duduk molek dalam bulan Ramadhan, terus bersuka-ria secara liar tibanya raya.

Kalau betul Ramadhan mampu didik jiwa, pasti tiada lagi ‘keracunan’ yang dihidangkan sebagai santapan di pagi Syawal yang mulia. Kalau tidak percaya, cuba ingat semula semua siaran TV yang ada, berapa banyak rancangan/filem berbentuk tazkirah?

Ternyata lebih banyak pula rancangan game show rayanya, tari-menari rayanya, konsert rayanya, akustik rayanya dan macam-macam rayalah. Terutama anak melayu kita yang terkinja lompat sana-sini nyanyi lagu hari raya. Maka bermulalah perjalanan dilema Melayu-Islam (Islamophobia).

Berhibur tidak salah, tapi perlu terarah.


Berperang Capai Kemerdekaan

Dulu kita berperang dengan penjajah capai kemerdekaan. Sekarang kita berperang dengan hawa nafsu untuk capai kemerdekaan . Kita masih belum merdeka bagaikan si pemuda yang terkapai-kapai di lautan asbab tak tahu berenang, kejap timbul, kejap tenggelam.


Sebab itu saya ketengahkan konsep ‘Merdekakan raya kita’. Dalam kitab Biografi Nafsu Manusia, berperang lawan hawa nafsu lebih besar daripada hadapi orang kafir, kerana:

1) Semasa perang lawan orang kafir, kita dapat lihat musuh dengan mata kasar, siapakah musuh kita. Sebaliknya perang hawa nafsu adalah berperang dengan musuh yang tidak kelihatan. Yang jelas nampak kita mudah elak, yang tidak nampak, bagaimana?

2) Perang lawan orang kafir hanya pada waktu tertentu sahaja, lain pula dengan perang hawa nafsu yang bersifat secara terus-menerus.

3) Kalau orang mukmin kalah atau terkorban dalam perang dengan musuh kita (kafir), kita gugur sebagai syuhada dan masuk ke Syurga tanpa hisab. Kalau kita kalah atau terkorban dengan hawa nafsu, kita sesat selamanya jika tiada taubat disertakan.


Apakah mustahil ‘Raya’ kita mencapai ‘Kemerdekaan’?

Berserdahanalah.


Muhammad Zaki bin Zainal Abidin,

Bandar Baru Bangi,

5 Syawal 1432 H.



Tuesday, August 24, 2010

AWAS! roadblock aurat.

Selalunya if nampak sekatan polis,
kita akan cepat2 pakai seatbelt bagi yang tak pakai..
agak-agaknya, kalau buat sekatan macam ni, ape jadi?
..wallahualam..

Tuesday, November 24, 2009

PCM + GMMSC = ISLAM

Salam alaik~

Setelah sekian lama berdiam diri~
Insyaallah, kali ini ana nyatakan respon ana~
Berkaitan isu yang berlaku di Mansurah,Mesir~
Walaupun diri ini masih di Tahun 1~


Apa itu PCM?

PCM itu bukanlah satu badan politik yang "dicanangkan"
PCM itu bukanlah satu badan yang "memecahbelahkan"
PCM itu bukanlah satu badan yang
"mencari permusuhan"


PCM ni hanyalah satu persatuan pelajar, sama seperti persatuan lain.


Apa itu GMMSC?

GMMSC itu bukanlah satu badan "penolak hukum Islam"
GMMSC itu bukanlah satu badan "tidak bermoral"
GMMSC itu bukanlah satu badan "fitnah-memfitnah"

GMMSC juga satu persatuan pelajar sama dengan yang lain.


Tapi, di mana bermulanya segala permusuhan ini?
Di mana salah & silapnya?
Dan sampai bila perkara ni nak berlaku?


Bukankah Allah dah berfirman,
dalam Surah
Al-Hujuraat, ayat 9:

وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ
فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ
تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِ ۚ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا
بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

"Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil."


Nampak kan?
Sudah jelas, lagi terang, lagi bersuluh~
Jadi, bersatulah,& bergeraklah atas nama Islam~
Bukan kerana KEEGOAN, RIAK & BERLUMBA KEJAYAAN~

ISLAM
PCM
GMMSC

Wallahualam


Tuesday, August 25, 2009

BAR MINUMAN menyerupai KAABAH!

Salam a'laik~

Saksikanlah perbuatan penghinaan terhadap Islam oleh Amerika Syarikat!


Kerajaan Amerika Syarikat kini semakin melampau dalam memuncakkan rasa marahnya Umat Islam Sedunia apabila mereka mula membina sebuah BAR MINUMAN yang menyerupai bentuk KAABAH!

Photobucket



Lokasi ini dikatakan berada di tengah-tengah Kota Manhattan,New York.BAR MINUMAN ini juga bakal diberi nama APPLE MECCA yang seolah-olah diserupakan dengan KAABAH MEKAH!


Photobucket



SUBHANALLAH!
Marilah sama-sama kita berdoa agar perbuatan mereka yang terkutuk ini mendapat balasan yang setimpal daripada Allah S.W.T.



MASYAALLAH!