Sunday, November 15, 2009

Hukum Potong Bulu Kaki Dan Bulu Kening


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang

(Daripada Koleksi Kelas Fardhu A'in Ustaz Azhar Idrus)

Potong Bulu Kaki;
Bagi kaum lelaki = TIDAK BOLEH, melainkan tujuan pembedahan

Bagi kaum perempuan =
Kalau bulu kakinya tidak menjadikannya macam lelaki
apabila dilihat oleh suami, maka TAK BOLEH potong

Tetapi kalau lebat, maka tiada larangan memotong
kerana nak bahagiakan suami, seperti yang dijelaskan Ulama' = HARUS


Potong Bulu Kening; HARAM
Malah Allah melaknat orang yang berbuat demikian

Wallahualam

4 comments:

kyo_9 said...

slm.. boleh tolong beri dalil yang mengharamkan pemotongan bulu kening tak? ada sesetengah berpendapat bahawa x mengapa kalau nk mengemaskan bulu kening yang lebat asalkan tidak dicukur terus.. dan akhir sekali, apa tujuan Allah melarang potong bulu kening dan bulu kaki?

sekian, wassalam..

Sihat Muslim said...

salam~
1)Mungkin tafsiran yg ngatakan boleh cukur tu sbb berdasarkan satu riwayat tabf berkaitan dngn riwayat Imam Al-Tabari, bhwa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah, puteri Rasulullah saw.Pada waktu tu rupa parasnya sangat jelita.

Beliau brtanya pada Aisyah pasal hukum seorang wanita yg membuang bulu2 yg ada di dahinya untk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."

2)“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah”
*yg ertinya “Allah melaknat wanita yg memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yg mencukur bulu alis(kening) dan dicukurkan bulu alis dan wanita yg dibuat tatu dan dibuatkan tatu” (HR. Bukhari dan Muslim)

3)diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yg menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta org lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yg mengasah gigi supaya kelihatan cantik.Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."


TENTANG HADIS PERTAMA~Imam Nawawi cakap bahawa hadis tu bawak erti bahawa wanita blh bersolek untuk suami, blh rawat muka utk hilangkan kejelekan mcm jerawat ke,bintik2 ke.Tp, beliau tak blh mencabut atau cukur bulu2 di muka, termasuklah bulu kening utk membentuk alis mata yg cantik.

TENTANG HADIS KEDUA~ni apply utk kedua jenis action, sama ada CABUT atau CUKUR kening, dua2 tu haram, and same goes pd laki jugak hukumnya.Tp if smpaikan suami yg suruh, benda tu dah jd bercanggah dgn syarak.Jadi WAJIB tak ikut kehendak suami, mcm contoh suami suruh bukak aurat dpn org bukan muhrim.
Sabda Nabi "Tiada taat kepada makhluk dalam melakukan maksiat kepada Khalik (Allah).
HR Tirmizi.Katanya: Hasan Sahih.

TENTANG HADIS KETIGA~perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu2 di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mncabut atau mencukur bulu kening smpai nmpk halus adlh diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan tu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah.

KESIMPULAN

ptg bulu kening dikecualikan dlm keadaan darurat jer,mcm: kening terlalu tebal sehingga halang penglihatan.Adapun, kalau setakat kening tebal ia bukan darurat kerana ia bukanlah suatu yang ganjil dalam kejadian manusia.If Allah tak mahu ia wujud, sudah tentu Allah akan menyuruh utk membuangnya, dan jika Allah mahu ia dibiarkan, maka sudah tentu Allah akan memerintahkan sedemikian rupa (jgn ubah ciptaan-Nya).

*"Apa2 yang Allah halalkan didalam kitabnya maka itu adalah perkara yang halal. Apa yang Allah haramkan didalam kitabnya maka perkara itu adalah haram. Apa2 yang Allah tidak nyatakan hukumnya maka itu adalah perkara yang dimaafkan."(Hr Hakim- hasan sahih)

*"Dan Janganlah kamu hai wanita melakukan tabarruj seperti tabarrujnya wanita2 jahaliyah yg terdahulu."(33: Al-Ahzab)
jadi.memotong/cukur kening ni masuk dlm salah satu tabarruj.

kyo_9 said...

Hmm.. ana masih musykil dengan penyataan nih

"If Allah tak mahu ia wujud, sudah tentu Allah akan menyuruh utk membuangnya, dan jika Allah mahu ia dibiarkan, maka sudah tentu Allah akan memerintahkan sedemikian rupa (jgn ubah ciptaan-Nya)."

contoh: orang yang dilahirkan dengan jari cacat (6 jari misalnye tapi jari yang terlebih tuh agak huduh).. Ntk kes nih, apakah jatuh hukum haram juga ntk melakukan pembedahan jari tersebut?

Sihat Muslim said...

ouh~ oke2.utk penyataan tuh, maksudnye, kalau benda yg mmg Allah sebut tak boleh ubah (tanpa berpaut dgn pengecualian mcm yg dah disebut contoh) maka jgn ubah. Tapi kalau mcm contoh mmg Allah suruh buang/potong, maka bolehla, contoh mcm kuku, atau misai yg lebat pd wanita.

bg soalan yg ke-2,ni dah masuk bab pembedahan kosmetik,so sy sentuh stakat yg sy tahu.pmbedahan ni dibnarkan utk pulihkan kecacatan/kembalikan wajah fizikal seseorang kpd normal after kemalangan.

*Diizinkan juga bagi org utk ubah bentuk fizikal apabila wujud kecacatan semulajadi atau kekurangan slpas kemalangan.

*tp,tak diizinkan ut ubah bentuk fizikal sesorang yg normal just nk nmpk lebih menarik sbb cenderung utk cantik semata-mata.

*Dalam al-Quran, ALLAH berfirman bahawa Syaitan akan membawa manusia menjadi kufur (menyimpang dari jalan yang lurus) dan cara memperdaya manusia supaya mengubah ciptaan ALLAH..

“Yang dilaknati ALLAH dan syaitan itu mengatakan: “Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba ENGKAU bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku). Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan ALLAH), lalu benar-benar mereka mengubahnya”. Barangsiapa yang menjadikan syaitan pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.”

[Surah al-Nisa’: 118-119]

p/s;jd harap2 dah terjwb soalan akhi td yer, maaf if tak cukup, sbb sy masih di tahun 2 medic.jd bru tahu satu-dua pasal feqah dalam perubatan.

Post a Comment