Tuesday, November 24, 2009

Riakkah KIta? - Siri 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang

Insyaallah, kali ini kita sambung topik Riak ini

Secebis ingatan, riakkah kita?
Sekilas pandangan, RIAK itu SYIRIK

Sesungguhnya Allah telah mengingatkan,
Sesiapa yang beramal,
Selain untuk-Nya
, maka hukumnya SYIRIK
Kerana Riak dalam Ibadat, lalu Allah tidak menerima amalan itu


Sabda Rasulullah S.A.W,
Hadith Riwayat Tirmidzi & Imam Ahmad:

"Pada Hari Kiamat nanti, manusia akan dihimpunkan, lalu timbul suara2 yang berteriak daripada mulut orang yang beramal selain kerana Allah. Lalu mereka mencari orang2 yang disandarkan amalan itu (beramal kerana manusia) untuk memperoleh pahala. Percayalah, mereka tidak akan peroleh manfaat daripadanya"


Dalam Hadith yang lain, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Perkara yang paling aku takut berlaku pada umatku ialah SYIRIK KECIL"


Allah juga berfirman dalam Surah Al-Nisaa', ayat 116:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ ۚ
وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya."


Sesungguhnya UJUB & RIAK ini diumpamakan seperti anjing yang liar.
UJUB, seperti anjing di dalam rumah.
RIAK, seperti anjing di luar rumah.

Dua2 anjing liar adalah bahaya
kepada kita
Tetapi, dikatakan UJUB itu lebih bahaya daripada RIAK
Kerana permulaan kepada RIAK bermula dengan UJUB

Sebab itulah, kita digariskan untuk jauhi 5 perkara ini:

1) Riak
2) Ujub
3) Sombong
4) Syahwat (Nafsu)
5) Menghina orang lain

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment