Showing posts with label Hukum-hakam. Show all posts
Showing posts with label Hukum-hakam. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Gugurkan Bayi Dalam Islam? - Case 1, Sem 4


Assalamualaikum. Pertama sekali bersyukur, siang tadi tamat sesi PBL Ke-2, Case 1 Semester 4. And one of the student presentations kali ni, bertajuk Legal Causes Termination Of Prenancy. Salah seorang rakan kita tadi ada terangkan serba sedikit penjelasan berkaitan pengguguran bayi dalam Islam.

Maka, insyaAllah kali ni admin kongsikan sedikit.

*Entri kali ni admin lebih suka tampilkan dalam bentuk soalan2, supaya tak bercampur-aduk pemahaman tu ya.

1. Adakah dibenarkan utk gugurkan baby, in case of baby tu ada penyakit genetik atau pun cacat kekal apabila lahir?

Pengguguran biasanya tak diizinkan malahan bertentangan dengan ajaran Syariah. Tapi, ia dibolehkan dalam keadaan tertentu yg mendesak seperti meneruskan kandungan yg boleh membahayakan nyawa si ibu.

Sama juga, untuk melaksanakan prosedur ini ke atas orang lain juga haram, sebagaimana apa yang haram bagi seseorang juga akan menjadi haram untuk dilakukan kepada orang lain.

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

ALLAH SWT berfirman, “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” –(potongan ayat 2, Surah Al-Maidah.)

-Kalau mmg dah disahkan oleh sepasukan doktor yg pakar & tsiqah (yakni dapat dipercayai dari segi pegangan agamanya) dgn ikut keputusan ujian makmal dan klinikal yg janin (fetus) itu tak normal, terjejas teruk, tak dapat dirawat, dan andainya dia lahir diyakini dia akan menderita sepanjang hidup dan juga menyebabkan kesulitan kepada keluarganya, maka bayi itu boleh digugurkan sebelum berumur EMPAT BULAN (120 HARI).

-Wanita yg dah hamil melebihi 4 bulan, HARAM menggugurkan kandungannya tanpa khilaf. Ramai ulama menukilkan IJMAK seperti Ibn Juzai dalam Qawanin Fiqhiyyah.

-Kerana selepas tempoh 4 bulan, sesuatu janin telah ditiupkan RUH ke dalamnya, dan ia dikira satu jiwa yang mempunyai kehormatan. Menggugurkannya bererti membunuh satu jiwa tanpa hak.

-Ianya terletak kepada tanggungjawab bagi mereka yang berhak seperti doktor dan ibu bapanya untuk menentukan hal tersebut.

-Adapun, sebelum janin melepasi tempoh 4 bulan, maka hukum menggugurnya adalah masalah khilafiyyah. Ada ulama haruskannya sebelum 4 bulan. Ada ulama mengharuskannya sebelum 40 hari. Dan ada ulama langsung tidak mengharuskannya.

2. Hukumnya tetap sama bagi kes rogol/zina juga ke?

-Hukum ini tidak membezakan antara janin yang tercipta melalui perkahwinan, atau melalui perbuatan zina, atau melalui paksaan (rogol). Sbb pertalian antara janin dengan ibunya adalah sah walaupun melalui zina, bererti ia adalah anak si ibu yg sah.

-Ianya cuma dikecualikan dlm kes2 darurat mcm contoh kalau diteruskan kehamilan, akan menyebabkan terancam nyawa si ibu. Maka dibenarkan menggugur kandungan untuk memelihara nyawa ibu.

-Dalam Surat Khabar Utusan, ruangan Fatwa Al-Azhar (tahun 2008), fatwa itu cakap, memilihpendapat HARUS menggugurkan kandungan jika disebabkan rogol, kerana menganggap ia salah satu keuzuran. Tetapi fatwa tersebut HANYA dalam kes SEBELUM janin mencapai 4 bulan, atau terbentuk rupa fizikalnya.

-Fatwa tersebut dilihat bertepatan dengan kaedah ‘Maslahat dan Mudarat’ dalam Islam. Sudah pasti wanita tersebut dan keluarganya tidak menyukai kehadiran janin yg tercipta dari benih seorang perogol. Maka ini satu keringanan, tetapi HANYA pada permulaan kandungan.

3.Walaupun dia orang miskin yang tidak dapat menanggung makan anak?

-Tetap sama apply hukum yang atas ni.

-Orang terbabit hendaklah terima takdir Allah (yang mengurniakan anak kepadanya) dan meyakini pemberian rezki dari Allah untuk makhluk yang Ia ciptakan. Firman Allah;

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءاً كَبِيراً

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31).

-Menggugurkan janin atau kandungan adalah berdosa kerana melakukan jenayah ke atas makhluk yg telah wujud sekalipun belum lahir ke dunia.

-Sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya setiap seorang dari kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya iaitu selama empat puluh hari sebagai nutfah (yakni air mani), kemudian ia menjadi ‘alaqah (iaitu segumpal darah) dengan tempoh seperti itu juga (yakni 40 hari), kemudian menjadi mudhghah (iaitu seketul daging) dengan tempoh seperti itu juga (yakni 40 hari). Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ia meniupkan ruh kepadanya” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a.).

-Hadis ini menunjukkan bahawa janin di dlm perut melalui proses kejadian yg ditetapkan Allah. Membunuhnya bermakna membunuh makhluk Allah yg sedang membesar. Maka, menurut ulamak; semakin meningkat usia janin itu, maka dosa membunuhnya semakin besar.

*Wallahu a’lam. Setakat ini sahaja. Case lain, kita cerita pasal lain pulak lain kali.

Rujukan:

*Al-Quran & Tafsir.

*Kesimpulan dari fatwa yg dikeluarkan oleh Komiti Perundangan Islam, Liga Muslim Sedunia dalam perjumpaan sesi ke-12, pandangan pendapat majoriti.

*Arkib Fatwa, dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î.

*Dijawab oleh Shaykh Muhammad ibn Adam al-Kawthari, Ulama Mazhab Hanafi.

*Al-Wafi Fi Syarhi al-Arba’in an-Nawawiyah, Dr. Mustafa al-Bugha.

*Fatwa (http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=18704)

*Fatwa (http://islamqa.com/ar/ref/12118/إسقاط)

*e-Fatwa JAKIM

Sunday, November 21, 2010

Benarkah Siti Hawa Diciptakan Daripada Tulang Rusuk?

Gambar Hiasan

Salam a’laik.

Dalil dan Hadith berkaitan topik ini:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا

" Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; .."

(An Nisaa' : potongan ayat 1)


هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا

" Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. " (Al A'raaf :potongan ayat 189)


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا
وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Ar Ruum :ayat 21)


Hadith Rasulullah SAW yg bermaksud:

"Sesungguhnya wanita seperti tulang rusuk, apabila kamu hendak meluruskannya,

ia akan patah.Jika kamu membiarkannya, ia akan tetap dalam keadaan bengkok"

(Riwayat Muslim)

" Berpesanlah kamu dengan wanita, sesungguhnya wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang paling bengkok dan teratas sekali, jika kamu hendak meluruskannya, ia akan patah.Jika kamu biarkan ia akan tetap dalam keadaan bengkok.Hendaklah kamu menasihati wanita dengan sebaik-baiknya". (Riwayat Muslim)


PENDAPAT FAKRU AL-RAZI :

Dlm ayat satu Surah An-Nisaa' , ada dua pandangan :

1) Ulama’ sepakat bahawa Siti Hawa diciptakan daripada satu tulang daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S. dengan hujah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya wanita dijadikan daripada tulang rusuk yang paling bengkok ".

2) Abi Muslim Al Asfahani berpendapat : Bahawa maksud ayat :

"Dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak". (An Nisaa' :1) ialah daripada jenis yang sama (maksudnya contoh mcm jenis tanah, api, atau cahaya), sebagaimana dalam firman Allah SWT yang bermaksud :


"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri ".

(An Nahl : potongan ayat 72).


"Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri.."

(Al 'Imran :potongan ayat 164).


KESIMPULAN DR.YUSOF AL QARDHAWI

Daripada pandangan dan pendapat di atas, tidak ada kesepakatan yang jelas tentang kejadian Siti Hawa.

Siti Hawa diciptakan daripada diri Nabi Adam bermakna ia diciptakan daripada jenis yang sama iaitu tanah,bukan daripada cahaya atau api.

Hadith-hadith yang menyatakan ia diciptakan daripada tulang rusuk adalah perumpamaan(tasybih) dan tidak ada nas yang memutuskan tentang penciptaan daripada tulang rusuk Nabi Adam.

Imam Nawawi mengaitkan hadith-hadith dan dalil Fuqaha' atau sebahagian mereka bahawa Siti Hawa diciptakan daripada tulang rusuk, firman Allah SWT yang bermaksud :

"..yang menciptakan kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak". (An Nisaa' :1)


dan penjelasan hadis Rasulullah SAW yang diciptakan daripada tulang rusuk. Sebenarnya yang tersirat didalam hadis ini hendak menjelaskan tentang kelembutan wanita, sifat ihsan terhadap mereka serta kesabaran kaum lelaki mendepani akhlak dan kelemahan wanita.

Mempercayai mana-mana pandangan ahli tafsir dan fuqaha' seperti yang dinyatakan diatas, tidak menjejaskan kepada aqidah Umat Islam.

Wallahu'alam.

Rujukan:

1. Al Quran dan terjemahan.

2.Markaz Pengumpulan Kajian Dan Hasil PenyelidikaN, PMRAM

p/s:topik ini perlukan lebih pada penjelasan dan tafsiran yang tepat. Sila rujuk yang lebih arif. Sebab ada yang memerlukan pada penekanan KATA SENDI BAHASA ARABdalam ayat Al-Quran, contohnya, (Min) من, memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain, mcm “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. Jadi, memerlukan kajian dan penjelasan yang lengkap.

Friday, October 15, 2010

Smoking - Apa kata Islam?

Assalamualaikum..Minggu ni, dah Case 3 bagi Semester 3 Mansoura-Manchester Medical Programme. Bersempena dengan topik smoking kita kali ni, apa kata kita baca sedikit tentang isu merokok dalam Islam.

So, saya ringkaskan supaya selesa anda faham dan baca.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, potongan ayat 195:

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

..dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan..

*merokok=MEMBINASAKAN atau tidak?

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tidak (boleh melakukan/menggunakan sesuatu yang)

berbahaya atau membahayakan”

(Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Malik dan At-tirmizi)

*merokok=BAHAYA atau tidak?

Para ulama’ ada pendapat yg berlainan sbb berbezanya tanggapan masing2 terhadap bahaya (mudarat) yg asal daripada rokok. Jadi, sebarang fatwa yg dikeluarkan perlulah juga merujuk kepada ulama’ perubatan (doktor/ahli kimia dan lain2) supaya lebih tepat.


Secara ringkasnya, berikut adlh pendapat ulama’ pasal merokok:

1) Haram : Ulama kontemporari yg ngatakan ini adalah Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, Seluruh ahli persidangan Mencegah Rokok ( persidangan di Madinah) , Dr.Yusof Al-Qardawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar.

(Akhbar al-Jumhuriyyah; Fatawa Muasiroh; Al-Fatawa li Muhd Syaltut,

Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah)


Mereka makin kuat mengharamkan sbb terdapat kajian yg ngatakan adanya kandungan unsur arak dan racun dalam rokok (termasuklah jugak yg mcm kita belajar - nikotin, tar, alcohol methnol, karbon monoksida, ammonia dan lain2). (Dr. Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun)

Cumanya, hanya Dr. Syeikh Yusof Al-Qaradawi dlm Fatawanya (Fatawa muasiroh) jelaskan hukumnya berkata (dengan pindaan ) :-

a- If a smoker cuba sngt2 nak berhenti merokok, tapi gagal jugak, so dia patut terus mencuba dan diberikan uzur setakat yang dia gagal. Tapi, perlulah die halang dari sebarkan tabiatnya pada org lain.

b- Walaupun ianya haram, tapi taklah haramnya besar mcm zina, curik dan lain2 dosa besar. Tiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah, ade yg dikira besar dan ada yg kecik. Dosa hasil rokok blhlh dikatakan termasuk dalam dosa kecik. Kecik2 jugak,tp kena ingt Ibn Abbas r.a menegaskan yg dosa kecik mesti jadi besar punyalah kalau berterusan jer atau kesannya benar2 memudaratkan.

*Kesimpulan Al-Qardawi, rokok adlh haram secara pasti bagi yg belum merokok, dan makruh bagi yg telah terjebak sampai payah nak stop.


Tapi, ada jer ulama’ yg ngatakan hukumnya harus, atau melihat secara tafsil (terperinci). Mcm contoh ikut apa yg saya tahu adlh Syeikh Abd Ghani an-Nablusi dan Syeikh Hasan Makmun. Tapi, pendapat mereka ni tak begitu kuat sbb berdasarkan pendapat mereka tanpa merujuk ahli pakar perubatan atau kimia tentang kandungan rokok. Mereka hanya refer pd bau asap rokok yg busuk dan menggangu, sbb tu mereka cakap bau yg busuk saja tak mampu jadikannya haram. Tp, maklumat mereka tak selari dengan maklumat dunia perubatan.


Tu dari segi kesihatan, merokok ni jugak blh bawak mudarat dlm sesebuah masyarakat, dengan sbb bau yg kuat dan busuk.

Hadith Riwayat Malik, Rasul bersabda yg bermaksud:

"Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat"

Hadith lain ade jugak sebut :

"Sesiapa yang memakan dari pokok ini , berkata bawang merah, bawang putih,

maka janganlah mendekati masjid-masjid kami, sesungguhnya

(bau yang busuk) itu menyakiti Malaikat

sebagaimana ia menyakiti manusia"

( Riwayat Al-Bukhari, KItab al-Azan)

*merokok=BUSUK ke tidak? MUDARAT atau tidak?

So, kita ikutlah kaedah Islam menyebut, : "Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril Imkan" ; ertinya : "Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan.”


Tu dari pandangan ulama’, ape pendapat kajian orang putih (omputeh)?

Pada tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain dah sahkan ada kesan buruk rokok pada kesihatan. Pada 1964 pulak, Fakulti Kedoktoran Amerika keluarkan satu kajian setebal 387 m/s dan diterbitkan kandungannya kat surat khabar dengan headline "Merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, dan rokok menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh.”

Wallahualam.

Sunday, November 15, 2009

Hukum Potong Bulu Kaki Dan Bulu Kening


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang

(Daripada Koleksi Kelas Fardhu A'in Ustaz Azhar Idrus)

Potong Bulu Kaki;
Bagi kaum lelaki = TIDAK BOLEH, melainkan tujuan pembedahan

Bagi kaum perempuan =
Kalau bulu kakinya tidak menjadikannya macam lelaki
apabila dilihat oleh suami, maka TAK BOLEH potong

Tetapi kalau lebat, maka tiada larangan memotong
kerana nak bahagiakan suami, seperti yang dijelaskan Ulama' = HARUS


Potong Bulu Kening; HARAM
Malah Allah melaknat orang yang berbuat demikian

Wallahualam

Hukum Tidur Dengan Wuduk


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang


(Daripada Koleksi Kelas Fardhu A'in Ustaz Azhar Idrus)

Baiklah, segala usaha untuk elak kita daripada tidur sewaktu khutbah = SUNAT

Apabila kita tidur juga, jika tak bergerak punggung =
TAK BATAL WUDUK


Tapi, ada juga orang yang tidur duduk,
pastu terangguk2 dan sengguk "pap" ke depan =
BATAL WUDUK

Sebab apa? Sebab bergeraknya punggung insan itu

Samalah seperti tersengguk ke belakang,
sampaikan ada yang siap terangkat kedua-dua belah kakinya =
BATAL
WUDUK

Jika kita tidur nyereng, terlentang, meniarap =
BATAL
WUDUK

Ulama' tulis detail dalam Kitab Feqah,

Kalau terangkat punggung dulu baru terjaga dari tidur = BATAL
Kalau terjaga tidur dulu baru terangkat punggung =
TIDAK BATAL


Tak kesahla tidur atas apa sekalipun, tangga ke, lantai ke, Motor RXZ ke,Jika tak terangkat punggung,
maka tak batal wuduk


Tapi,kalau kita tak pasti, "Kentut ke tak, kentut ke tak?"
Jawabnya, Tidak Kentut, TAK BATAL WUDUK.
Sebab asalnya dengan yakin masih berwuduk

Wallahualam