Friday, June 18, 2010

Mengapa perlu disebutkan doa/tawakal/rintihan kita di status YM,Facebook,Myspace dan sebagainya? Lahirkah kemanisan dalam amalan tadi?


Salam a’laik.

Mengapa kita perlu sebut-sebutkan kita berdoa/ berhajat/ bertawakal/ merintih/ menangis pada Allah??


Ini yang sering kita lakukan di status-status YM, Facebook, Myspace, Friendster, Twitter, dan seumpamanya.

Bukan apa, cuba kita fikirkan balik, hadirkah “kemanisan” itu dalam doa/ ibadat kita tadi jika sampaikan kita nak hebohkan pada semua orang? Bukankah sebaik-baik amalan adalah amalan yang manusia lain tidak tahu?

Dan ada juga kes lain, apabila kita bantu/sedekah orang lain, kita katakan:

“Eh,tak apa, saya ikhlas ni.”


Mana ada kemanisan “ikhlas” tu kalau kita nak cakap pada orang lain yang kita ikhlas? Bukan gitu?

Sebelum itu, saya lampirkan contoh2 status yang sering diungkapkan kita di Facebook dan sebagainya:


1)”Ya Allah, aku berdoa kepadaMu agar Engkau memelihara hati ini dari maksiat hati”

2)”Aku bertawakal kepadaMu Ya Allah setelah penat aku berusaha”

3)”Merintih kepadaMu agar Engkau terima taubatku”

5)”Alhamdulillah, hari ni dapat buka puasa macam biasa/dapat buat rakaman/berjaya dalam exam”

6)”Biarlah Engkau sahaja Ya Allah tahu akan kesedihan hati ini”

7)”Yeah!! Alhamdulillah.Saya dapat tawaran kerja/belajar/rakaman/bergambar/fasilitator/anugerah"

8)Aku REDHA dengan segala ketentuanMu Ya Allah


Maka, di sini, insyaAllah sama-sama kita ambil tahu apa itu :

-Ujub

-Riak dan Sum’ah

-Ikhlas


UJUB


Ia boleh diertikan dengan rasa kagum terhadap diri sendiri atau bahasa yang lebih mudah ialah “perasan”. Ia disebabkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki macam contoh dipandang alim, baik di khalayak kawan-kawan. Cuba kita fikir, bila kita dah buat status mcm contoh di atas, dan bila kawan beri respon yang semangat2, maka, takkanlah tak lahir sifat ujub dalam diri?

Imam Ibnu Taymiyah berkata:


الرياء من باب الإشراك بالخلق والعجب من باب الإشراك بالنفس

“ Riya adalah menyengutui Tuhan dengan mahkluk

dan ujub adalah menyengutui Tuhan dengan diri sendiri.”

Maksudnya bila seorang itu rasa kagum dengan blognya atau bacaan Qurannya yang sedap maka dia telah menyekutui Tuhan dengan dirinya sebab kehebatan blognya atau kesedapan bacaan Qurannya adalah daripada Tuhan. Kenapa dia kagum dirinya dan dalam masa mengetahui ia dari Tuhan? Sepatutnya dia hanya kagum kepada Tuhannya sahaja.

Nabi saw bersabda:


بينما رجل يمشي في حلة تعجبه نفسه مرجل جمته إذ خسف

الله به فمو يتجلجل في الأرض إلى يوم القيامة

“ Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakain dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah menenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”

(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita digalakkan untuk memakai cantik tetapi dilarang untuk merasa kagum dengan diri kita tetapi kita hendaklah melihat Allah yang memberinya nikmat.

Nabi saw bersabda:


ثلاث مهلكات شح مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه

“ Tiga perkara yang merosakkan: Sikap kedekut yang ditaati,

hawa nafsu yang diikuti dan rasa kagum dengan diri sendiri.”

(Hadis riwayat Bazzardengan sanad yang hasan.)

Imam Nawawi berkata:

“Ketahuilah bahawa keikhlasan akan terdedah dengan

penyakit ujub. Sesiapa kagum dengan amalannya

akan terbatal amalannya.”


RIAK DAN SUM’AH


Riya’: Melakukan amal Islam supaya dilihat manusia. Tasmi’e (sum’ah): Melakukan amal Islam berseorangan kemudian cerita amalannya kepada orang lain.

Kedua2nya membatalakan pahala amalan manusia walaupun sah amalan tersebut. Ulama mazhab Maliki berpendapat terbatal amalan tersebut.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:


يكشف ربنا عن ساقه فيسجد له كل مؤمن ومؤمنة ويبقى من كان يسجد

في الدنيا رئاء وسمعة فيذهب ليسجد فيعود ظهره طبقا واحدا


Maksudnya: “Allah akan menyulitkan mahkluk pada hari kiamat. Semua orang beriman lelaki dan perempuan sujud kepadanya. Orang yang tinggal hanya yang sujud di dunia dgn riya dan sum’ah. Mereka cuba untuk sujud tetapi belakang mereka kembali menjadi tegak dan tidak mampu sujud.”

(Hr Bukhari 4919 dan Muslim 454 – sahih)

من سمع سمع الله به ومن يراء يراء الله به


Maksudnya: “Sesiapa yang sum’ah dan riya’ dalam amalannya

Allah akan membongkar perbuatan tersebut

kepada manusia pada hari kiamat.”

(Hr Bukhari 6499 dan Muslim 7477)

NAbi s.a.w bersabda:


إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر قالو يا رسول الله وما الشرك الأصغر قال الرياء


Maksudnya:Sesungguhnya perkara yg paling aku takuti ialah

syirik kecil. Sahabat2 bertanya: "Ya Rasulallah ape syirik kecil?

Baginda menjawab: ‘Riya' "

(Hadith Riwayat Ahmad)

Jenis riya’

Pertama: Riya Jali
Orang yang melakukan amalan tersebut dihadapan manusia. Ketika bersendirian tidak buat.

Kedua : Riya’ khafi Orang yang melakukan amalan yang sama samada dihadapan manusia atau bersendirian. Namun dia rasa gembira bila orang mengetahu amalannya. (Syekih Bajuri)

Fenomena riyak dan Sum’ah dalam kehidupan seharian

-Menceritakan amalannya/doa kepada manusia.(Status YM,Facebook,Twitter)
-Solat sunat di depan orang. Dekat rumah tidak buat.
-Pakai elok utk buat ibadat depan orang. Dekat rumah ala kadar.
-Tidak makan banyak depan orang. Ketika sorang2 makan banyak.
-Semangat buat amalan bila dipuji dan lemah ketika dikeji.
-Menggelokkan bacaan Al-Quran di depan orang. Masa sorang2 baca laju bukan main.
-Akhlak yang bagus dan manisss depan orang. Masa dekat rumah terok.
-Tulis kat blog,status ym atau mana2 yang menunjukkan dia ikhlas, beramal, berjuang dan amal2 Islam yang lain.
-Berpersatuan atau berparti kerana nak pujian dan jawatan.


*kisah riyak boleh dibaca lebih lanjut melalui post sebelum ini.


IKHLAS


Firman Allah s.w.t

إنما نطعمكم لوجه الله لانريد منكم جزاء ولا شكورا


Maksudnya: Kami memberi makan hanya kerana mengharap keredaan Allah s.w.t.

Kami tidak mengharapkan balasan dari kamu dan tidak mengharapkan ucapan terima kasih.

(Al-Insan: 9)


Ini petanda ikhlas ketika kita berbuat baik kpd org lain.

1. Tidak mengharapkan balasan.

2. Tidak mengharapkan ucapan terima kasih.


Apa pengertian Ikhlas?

Imam Qusyai ri telah berkata: Ikhlas adalah mengesakan niat pd tuhan semata2 dalm membuat ketaatan.


Diantara tanda2 ikhlas adalah seperti yg dinyatakan Imam Zu Nun alMisri ada 3.

1. Sama saje bgnya pujian atau kejian manusia.

2. Tidak mengingati amalnnya kembali. (contoh ingat amaln adalah kita berasa baik slpas buat amalan dan sepatutnya kita tak berasa ape kerana kita dah serah amaln kita pdNya)

3. Hanya menuntut pahala amaln diakhirat. (kita tidak membuat amalan kerana mengharapkan pujian dan kedudukan dcc manusia).

Contoh aplikasi, kita ceritakan kita dah tolong orang, dan lafazkan pada status untuk bacaan orang lain. Dan bila tak ada orang komen, mula rasa kecewa.Itulah kita.


KESIMPULAN


Saya nak lampirkan kisah “keistimewaan/kemanisan” ini dalam situasi kehidupan yang lebih difahami dan diterima pakai. Mana kemanisan/keistimewaan ibadat/doa/tawakal kita kalau kita apabila orang lain tahu.

Contoh:

1) Apabila sepasang couple yang tengah dinner kat restoran, mesti nak pilih yang mewah, yang senyap, sunyi, tak ramai orang, supaya lebih romantik. Supaya, mcm lebih istimewa(special) la dating itu.

Bila date nak manis saja,tapi ibadat? Nak masin.

2) Apabila nak calling girlfriend,atau boyfriend, mesti nak cari tempat yang senyap2, yang orang lain tak dengar, supaya dapat lafazkan kata2 manis. Sepatutnya kita senyap2 beribadat dengan Allah, barulah “special”.Kan? (*tapi saya tak bermaksud di sini couple itu boleh)

3) Apabila kita bersembang mcm2 dengan pakwa atau makwa kita , nanti bila dah masuk alam perkahwinan dengan mereka, kita dah ketandusan dialog2 “special/manis” untuk dikongsikan. Maka, hilang la kemanisan itu sebab kemanisan itu dah ditunjuk2kan terlebih dahulu. Samalah dengan doa/rintihan. Kalau kita duk asyik bercerita pada orang ramai, hilanglah kemanisan itu kita dengan Allah.


Wallahualam.

16 comments:

Unknown said...

sgt menarik post nih...
moga amalan yang dilakukan tu hanya semata-mata krn Allah, tdk mengharapkan pada pujian atau sanjungan orang...InsyaAllah.

Sihat Muslim said...

insyaAllah..
tu yg payah nk dapat..
apabila diri mula rase dah bagus,rase dah cukup amal,tu yg bahaye..

SarahZainuddin said...

zaki, kadang2 org pos camtu mungkin harap org lain tlg doakan sekali.memang kalau kita sush nak buang riak, ujub takbur.tapi mana tau org lain takdak.hati dia iklas.kita tak tahu..huhuhu...i cakap org..bukan i..hahaha

Sihat Muslim said...

eh,mmg ade mcm tuh.memang.tp~
tulah sebenarnye konteks "perkara" yang kita tak prasan benda itu x patot dibuat~~
*coz mcm slama ni ingtkan betul~tp,insyaAllah an~lepas kite semua rujuk balik kitab2,hadith n so on kan..barulah sedar benda ni sebenarnye x moleklah utk dibuat yerr...=]

Sihat Muslim said...

kan lebih molek if nak mintak tlg doakan pon~
digantikan dengan perkataan~~"semoga" ke~~
"InsyaAllah" ke~~
coz tak hilang "pergantungan" kita pada-Nya~

Jejari Sholehah said...

Salam, setuju sgt dgn artikel nie..:)

Ada juga status yg sekadar mntak simpati, nak tarik perhatian.tiap sejam post status..hmm..

Sekadar pendapat,
tak semua status camtue menzahirkan sifat negatif. Ada jga bertujuan utk menegur. Cth ada psgn bercintan-cintun dlm fb, kita rimas tgok status dorang. So tulis la "Ya Allah zaman sekarang masalah sosial menjadi-jadi, coupling dah jd benda biasa, dosa dizahirkan terang2an. Jauhilah dari perbuatan sebegitu". Tgok mcm nak tnjuk baik tp nak tegur psgn yg asyik bercinta tnpa ikatan sah.

Wallahua'lam..:)

Sihat Muslim said...

ouh ye mmg tepat, ada jugak org yg gunakan status mcm itu dgn niat atau tujuan, sbagai wadah, platform nk tegur.
cumenye, kbnykan org yg gunakan ayat2 mcm itu, tp terlari dari tujuan sebenar, contoh:

-"Isyh, rimas aku dgn dorang ni..(sambungannya pd ayat yg saudari mention td).."
-"Makin hari, aku tgk dorang ni makin menjadi2..(sambungannya pd ayat yg saudari mention td).."
-dan sebagainya..

cumenya kita takut, ape yg terkeluar dari lisan kita ni, dianggap sebagai satu kutukan pd mereka, sbb kkita tak perlu benci mereka, cume benci perbuatan mereka.
tp,overall, yup mmg ada juga org yg gunakan cara itu sebagai bentuk teguran.tak dinafikan..
tq~

Sihat Muslim said...

dan tambahan, ujub ni boleh jadi satu benda yg kita sendiri tak sangka2 yg kita ni ujub.
ujub ni benda yg halus, payah nak perasan kalau mmg tak perasan.tp senang nk buat ujub kalau mmg dia nk bangga dgn diri sendiri.
wallahualam~

najwa's said...

emm, maaf cakap ye. tp, sy rasa tak salah kalo nak mintak tolong org aminkan doa kita tu sekali. macam purple polaris tu cakap la. maybe orang yang lagi baik dr kita aminkan, mana tau allah kabulkan.

tapi, sy tak setuju kalo orang tu tulis.. "alhamdulillah, selesai berpuasa arini" >> tu macam nak menunjuk. tapi, ntah la. tanak persepsi kat orang.

kalo status cmni, "ya allah, kau ampunkanlah dosa-dosa kami" >> tak salah rasanya. lagi ramai yang aminkan, insyaallah..allah makbulkan. mcm kita wat mjlis doa selamat la kan? panggil orang ramai-ramai untuk doakan kita selamat. salah ke?

sory ya, sy pun tak pandai. sekadar meluahkan apa yang terlintas kat hati ni. :) nice sharing..thanks..

Sihat Muslim said...

cantik kupasan isu najwa's. thanks.

p/s:firstly, isu ini saya hnya ketengahkn dlm alam maya yer (fb,ms,ym and so on)..bukannya pada kalimah/ucapan/doa dlm majlis ilmu/majlis zikrullah. =)

ok, mcm yg sy kongsikan, ujub ni boleh jadi satu benda yg kita sendiri tak sangka2 yg kita ni ujub.
ujub ni benda yg halus, payah nak perasan kalau mmg tak perasan.tp senang nk buat ujub kalau mmg dia nk bangga dgn diri sendiri..

dan mmg tak salah when someone yg warak berdoa, kita amin-kan. dan mmg dah jelas dlm satu majlis doa selamat, berbentuk majlis berdoa, majlis zikrullah, mmg memerlukan kita menyebut doa itu, walaupun pada hakikatnya kan, kita berdoa bukan utk mmberitahu Allah ape yg kia mintak, sbb tak payah inform pun Allah sudah tahu. tp disebabkan majlis itu majlis zikrullah, maka mmg perlulah doa terangan itu dilafazkan.

sbb itulah sy lebih syorkan, agar kite2 ni gunakan "semoga" dan "insyaAllah" dlm lisan/text status kite.supaye, kite tak lari dari niat asal doa itu kalau mmg status itu berniat baik.

----> sekadar tambahan la kan, tertimbulnya satu persoalan di sini, kalau mmg insan itu mahu berdoa, merintih, kenape ye perlu diletakkan juga pada status? sedgkan kite tahu doa memerlukan hati yg hina,tunduk pd Allah. ni tidak, kita pulak, bila nk berdoa, kita online-kan facebook, kita hadap facebook kita dan "berdoa" dan bukannya dgn bersiap hadap Ilahi dgn cara yg lebih molek.

p/s: maaf panjang lebar dan bahasa tunggang langgang, lame tidak blogging.maaf if salah pahaman.syukran dgn pendapat.

miss eda said...

kadang kadang letak doa tu, sapa yg terbaca mudah2an ikut berdoa juga :3

wallahu'alam, semoga yg menulis,ditulis,tertulis tidak le bertujuan untuk ujub riya atau takabbur insyaAllah

Sihat Muslim said...

yup.that's true.tak dinafikan mmg ramai yg buat mcm itu.
insyaAllah semoga tak seperti takabur or ujub.
cumalah garis panduan/kesedaran/nasihat supaya doa yg dijadikan status itu tak disekalikan dgn ujub.insyaAllah.

mcm contoh, insan yg meminta mendokan kesihatan keluarga di status, dan ramai yg mendokan sama.
wallahualam.

Nur Mawaddah Mohd Shah said...

perkongsian yang menarik, cuma, saya rasa tak salah untuk berdoa.. kerana bukankah ia sesuatu yang baik? sprti contoh, mungkin ada kawan2 fb kita yang tidak tahu sesuatu doa itu seperti doa untuk ibu bapa yang selalu kita lafazkan selepas solat, " Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku seprtimana mereka mengasihani ku sewaktu kecil dahulu." jadi, bila kita tulis di fb, kawan2 lain akan dapat ilmu baru dan dapat mengamalkan doa itu untuk ibu bapa mereka. dan saya tidak rasa mereka ingin menunjuk atau ada sifat ujuk disini. sekadar ingin berkongsi dan berdoa, wlaupun di fb. jadi, kawan2 lain boleh ikut doa sekali jika mereka tidak pernak tahu doa ini atau doa2 yang lain.

dan, sy juga rasa tidak salah untuk berkata, " Alhamdullillah, pass exam dengan baik..dapat sekian2" kerana mereka cuma nk rasa gembira dengan pencapaian mereka dan bukan nk rasa ujub atau riak. dan, mereka juga ucap alhamdulillah jadi sy rasa mereka tiada niat pun nk sombong. ramai kawan2 saya yang tulis begini dan ramai yang like. jadi, kita pun tumpang gembira atas pencapaian mereka.

saya rasa ini semua berbalik pada niat masing2. kalau orang tu tulis sbb nak bangga dan ada niat nk sombong, Allah lebih mengetahui.

tapi, jika dia tulis apa2 doa sekalipun, walaupun doa " alhamdulillah, hari ini dapat buka puasa macam biasa/ berjaya dalam exam" tapi, dia bukan nk sombong atau riak, Allah juga tahu.. jadi, tak salah kan,

Nur said...

saya tak setuju dengan pendapat di atas. simply, siapa kita nak judge orang tuh ikhlas atau tak ...

Sihat Muslim said...

Kepada Nur Mawaddah Mohd Shah & ticher nur-->
Syabas sebab peka kepada semua. And thanks 4 the words.
Ya,seperti semua sedia maklum,mmg ada insan yg niatkan utk mengajar, jd dikongsikan doa, ada pula yg niat utk di-amin-kan dgn kwn2, jadi dikongsikan di status. Bagus dgn niat2 mcm ini.

Cumanya artikel yg simple ini, dilampirkan dgn tujuan, kita sedar akan niat betul tu. Takut kita 'tergolong' sama dlm keadaan tak sedar. Hasutan syaitan kan sangat halus.

Terpulang pada niat pada akhirnya. Dan mmg kita tak layak judge people sama ada dia ikhlas or tak. Apa yg ingin disampaikan hanyalah sebagai 'mirror', cermin, supaya kita tahu takat mana ikhlas itu.

Akhirul kalam. Saya minta maaf if ada terkasar bahasa. Lastly, sekadar renungan, ingat ya, BERDOA & MEMBACA DOA adalah dua perkara yg berbeza. Assalamualaikum. Syukran.

Khaulah al-Haura' said...

utk entry ni, mmg sgt2 membuka mata
syukran !

Post a Comment