Wednesday, November 3, 2010

Peredaran (Orbit) disebut dalam Al-Quran.

Sedikit perkongsian di musim exam ini, salah satu penemuan para saintis dalam bidang angkasa, apabila dikaji firman Allah dalam Surah Yasiin, ayat 40:

ﻻ الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ

وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan

dan malam pun tidak dapat mendahului siang.

Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.”

Kita lihat pada kalimah, َكُلٌّ فِي فَلَكٍ.

Cuba kita ambil sehelai kertas (sekarang) , dan tulis kalimah itu tetapi diasingkan hurufnya.

ك ل ف ى ف ل ك.

Kemudian dibuat garisan membulat dari huruf kepada huruf yang sama jenisnya. Hasilnya:

Hebat tak hebat ilmu Al-Quran yang Allah beri ini?.

*pada ayat yang sebelumnya, ada disebut tentang peredaran matahari dan bulan.

(sila lihat tafsir)

Jadi, alam sendiri, planet sendiri ada panduan (jalan, titian, laluan) sendiri, samalah juga dengan manusia. Manusia ada panduan dia jugak.

Agama tidak diturunkan utk membenarkan tindakan yg kita buat, tetapi agama diturunkan utk memandu tindakan kita. Sebab, ada orang di sekeliling kita sekarang, (tak kira di Malaysia atau Mesir) yg buat benda bercanggah dengan agama, tetapi dia mencari nas2, pandangan2 ulama', seolah-olah yang membenarkan tindakan dia.

p/s; goodluck untuk rakan2 Semester 3 Mansoura-Manchester Medical Programme, jumpa kat dalam dewan exam ahad ni.


3 comments:

Humaira' said...

subhanallah.Maha suci Allah.Agungnya ciptaan Allah.Thanks zaki sbb share.Rase kecil sgt hati dgn diri ni,nak dibandingkan dgn ILMU ALLAH yang begitu hebat.Jom bace quran banyak2.SEmoga kita selamat dunia akhirat.amin.

Goodluck for ur exam too.

Aku Hanya Seorang Umar said...

salam wbt,
maaf, baru hari ni dpt update blog ulumulhayah, tak perasan pulak ada comment masuk ..

Terima kasih atas p'kongsian ni .. =)

Membuatkan kita terfikir tntg keadaan sekeliling dan kaitkan dgn apa yg ada dalam Quran
SubhanAllah .. ISLAM TERBUKTI BENAR .. =)

wassalam wbt

Sihat Muslim said...

ISLAM TERBUKTI BENAR.na'am.

Post a Comment