Thursday, June 17, 2010

Semua barang/benda/alam akan menunjukkan kita kepada Allah..

Salam a’alaik.

SEMUA barang/benda/alam menunjukkan kita kepada Allah.

Macam mana tuh?:

Di sini saya lampirkan beberapa contoh:

1) Kertas : kertas gunanya untuk apa? belajar dan buat buku. Belajar ilmu siapa? Ilmu Allah

2) Pensil : pensil gunanya untuk apa? menulis. Menulis digunakan untuk berdakwah. Berdakwah mentauhidkan Allah.

3) Kain/Baju/Seluar : kain gunanya untuk menutup aurat. Menutup aurat kerana siapa? Kerana Allah S.W.T

4) Kereta :

-kereta digunakan untuk menziarahi keluarga, sahabat dengan niat kerana Allah.

-kereta digunakan untuk merantau. Merantau kerana apa? Kerana berdakwah, dan menuntut ilmu. Semuanya kerana siapa? Kerana Allah S.W.T.

5) Handphone : digunakan untuk tahu waktu solat, save mp3 bacaan Al-Quran, menelefon keluarga dan sahabat dengan bertanya khabar, malah digunakan untuk berdakwah dengan penghantaran SMS dan seumpamanya. Akhirnya, semuanya akan menunjuk kepada Allah.

6) Rumah : Kalau tiada rumah, kita akan duduk merempat di tepi jalan, tak boleh nak bersuci, tak boleh nak bersama keluarga. Bila tak boleh bersuci, boleh solat? Kalau dah boleh bersuci di rumah, akhirnya kita mampu untuk solat. Solat tu untuk Allah. Bersama dengan keluarga itu kerana Allah juga apabila kita dikawal daripada buat maksiat di luar.

7) TV : sepatutnya digunakan untuk apa?

-untuk tahu waktu solat

-untuk tengok ceramah agama

-untuk balajar ilmu tajwid

-untuk tahu berita2 saudara seislam kita

*semunya kerana Allah.

8) Cermin mata : bantu kita lihat lebih jelas. Lihat apa? Keindahan alam (bukan maksiat), membaca kitab2, membaca Al-Quran dan sebagainya. Semuanya kerana Allah.

9) Paip air : kalau tak ada paip, masakan kita nak bersuci dan berwuduk.

10) Batu-bata/kayu : digunakan untuk membina masjid, rumah, madrasah dan sebagainya. Semua akhirnya digunakan untuk tujuan yang baik yang ditujukan hanyalah kepada Allah.

11) Ampaian baju : Kalau takda ampaian, kita tak boleh sidai baju yang basah. Baju yang basah tadi nak digunakan untuk tutp aurat dan solat.

*Terlalu banyak untuk disenaraikan di sini. Jadi, kita kena berfikir dalam-dalam, sampaikan benda2 yang remeh-temeh pon akan menunjukkan kita kepada Allah! (kipas,lampu,selipar,bakul dan lain2).Senaraikanlah sebanyak mana sebagai perkongsian.

p/s: baru tersedar mengenai keindahan berfikir tentang alam ni melalui blog rakan,title post, Zoom In Zoom Out

2 comments:

nor amira said...

salam. oryte. tak kisah. ilmu untuk dik0ngsi bersama kan. =)

bl0g pun salah satu medium mendekatkan diri pada Allah kan..

Sihat Muslim said...

haa~yup..mksudnya,laptop/komputer la tuh~
kalau takde komputer,xder blog..
*senang citer, semua benda alankan yg kecik2 pon akan mnunjuk pd Allah~~

Post a Comment