Wednesday, May 19, 2010

Taubat: Kita Bertafakur Atau Berdengkur??

بسم الله الرحمن الرحيم


..TAUBAT..

Taubat adalah kembali daripada sifat2 tercela menuju sifat2 terpuji. Memang dah jadi kewajipan bagi kita sebagai hamba untuk melakukan taubat, dan betul2 "menghadirkan" taubat tu dalam diri. Ini supaya kita terselamat daripada kemarahan dan kemurkaan Allah S.W.T.,terselamat daripada api neraka, seksaan & belenggu azab.

Hukum & Dalil Taubat

Bertaubat ni hukumnya wajib. Ini berdasarkan yang disebutkan dalam Surah An-Nur, potongan ayat 31:

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ..
"..dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

Firman Allah S.W.T. lagi, Surah At-Tahrim, potongan ayat 8:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ
وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,.."

Dalam Surah Al-Baqarah, potongan ayat 222:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ..

"SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak
bertaubatdan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri."

Dikatakan, bahawa semasa Allah bagi tangguhan masa atau tempoh pada Iblis, [dipetik daripada kisah kandungan Surah Al-A'raf, ayat 14-15]:

قَالَ أَنْظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ14
"Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga
hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)."

قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ15
"Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang
diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)."

Iblis pada ketika itu berkata kepada Allah: "Demi Kemuliaan & Kebesaran-Mu, saya tidak akan keluar dari dalam hati anak Adam selagi masih terdapat di dalamnya ruh atau nyawa iaitu selagi dia masih hidup."

Allah menjawab dengan firman-Nya: "Demi Kemuliaan & Kegagahan-Ku, Aku tidak akan menghalang mereka bertaubat selagi dalam jasad mereka masih ada nyawa."

Selanjutnya Iblis berkata: "Aku akan menyesatkan dan menjerumuskan mereka kesemuanya.."

Allah S.W.T. berfirman, dalam Surah Al-I'mran ayat 195:

..وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ..
"..sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka.."

Iblis berkata lagi: "Aku akan mendatangi dan menggoda mereka dari sebelah depan, belakang, kanan & kiri mereka.Oleh itu, aku tak akan biarkan satu sisi pun dari kehidupan mereka melainkan aku akan serbu dan serang mereka melaluinya."

Mendengar kata2 Iblis tuh, hati para Malaikat menaruh belas kasihan & simpati kpd anak Adam, lantas Allah berkata kpd Malaikat:


"Bahawa manusia masih mempunyai peluang baik dari arah atas dan bawah (serangan Iblis hnya dari belah depan,belakang,kanan dan kiri saja). Maka jika manusia berusaha menadahkan kedua tangannya dan berdoa dengan rendah diri dan tawaduk, atau diletakkan wajahnya ke Bumi, iaitu di tmpat sujud, dengan rasa khusyuk, Aku akan mengampunkan segala dosanya, Aku tidak akan peduli apa jua pun."

Tetapi, apabila terbitnya matahari dari belah Barat, tiada lagi orang kafir yang akan diterima jika dia memeluk Islam, sama jugak dengan taubat yg dilakukan org yang beriman. Firman Allah dalam Surah al-An'am, potongan ayat 158:

..يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا..

"Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu,
tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum
itu atau yang tidak berusaha mengerjakan
kebaikan mengenai imannya."

Bersambung..*InsyaAllah selepas tarikh Imtihan
Wallahualam~~
*Muhasabah Diri, Hiasi Peribadi

4 comments:

hamba yg hina dan berdosa T_T said...

salam ziarah kembali..

jzkk atas perkongsian..

"Bahawa manusia masih mempunyai peluang baik dari arah atas dan bawah (serangan Iblis hnya dari belah depan,belakang,kanan dan kiri saja). Maka jika manusia berusaha menadahkan kedua tangannya dan berdoa dengan rendah diri dan tawaduk, atau diletakkan wajahnya ke Bumi, iaitu di tmpat sujud, dengan rasa khusyuk, Aku akan mengampunkan segala dosanya, Aku tidak akan peduli apa jua pun."

teringat kata2x ustaz, syaitan tak datang dari arah atas dan bawah kerana Rahmat Allah turun dari atas dan syaitan tak datang dari arah bawah kerana syaitan itu bersifat takbur dan riak..

semoga Allah terima taubat kita semua dan semoga kita tak termasuk dari golongan2x syaitan..

nauzubillah..

selamat beramal dan selamat bermujahadah !!!

~al-faqir ilallah~

Muhasabah Diri, Hiasi Peribadi said...

yup2~
insyaAllah2~
Allah tak letak dua benda dalam hati setiap manusia(dunia dan akhirat)~
Allah letak salah satu jer~
sama ada Dunia,atau Akhirat~
*mana satu sebesar keinginan kita?

hamba yg hina dan berdosa T_T said...

"Ya Allah letakkan Akhirat di Hatiku dan Dunia di Tapak tanganku "

"Ya Allah aku tak layak ke SyurgaMU, tapi aku tak sanggup ke NerakaMU, ampunkanlah dosa-dosaku dengan rahmat dan kasih sayangMU , sesungguhnya Engkau maha pengampun"

"Ya Allah,jangan kau serahkan diriku ini kepadaku,ak tak mampu mengurusnya,dan jangan kau serahkan diriku ini kepada org lain kerana mereka akan mensia-siakan aku, Ya Allah, letakkan aku dalam jagaanMU "

Ameen ya Rabb ..T_____________T

Izzat Syamil said...

Best gile ko nyer post..buat lg post cmni!

Post a Comment