Saturday, May 1, 2010

Memanglah kubur masing-masing, tapi.....


Sering kali kita dengar kan..?

“Kau ni sibuklah, kubur kan masing2 punya sendiri kan, biarlah aku buat apa pun!”

“Jangan nak sibuk hal aku boleh tak?”

“Kau ni,jangan jaga tepi kain org boleh tak?”

“Kau siapa nak halang2 aku buat ni?”

Haa, inilah realiti yang berlaku apabila kejahilan, rasa bongkak dan sombong, memujai hiburan dan kedegilan telah menggari umat Islam.Jadi, keadaan ini akan makin bertambah teruk lagi tanpa sebarang pencegahan.

Dah menjadi tanggungjawab kita sebenarnya untuk ‘menjaga tepi kain sendiri’ dan ‘menjaga tepi kain orang’ dalam konteks mencegah perkara mungkar sambil mengajak ke arah kebaikan. Maksudnya, hadapi keburukan dengan kebaikan.

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ

وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan hendaklah ada sebahagian di kalangan kamu yang menyeru
ke arah kebaikan dan mengarah ke arah ma’ruf
serta mencegah yangmungkar dan mereka
inilah golongan yang beroleh kejayaan.”

(Surah Ali Imran : 104)



كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ

وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ

لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan di
tengah-tengah masyarakat manusia untuk mengajak
mereka ke arah yang ma’ruf dan mencegah mereka
dari yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah S.W.T.”

(Surah Ali Imran : 110)




Sabda Rasulullah S.A.W. : “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah mencegah dengan tangan, sekiranya tidak mampu hendaklah dengan lisan, sekiranya tidak mampu hendaklah dengan hati. Ini adalah selemah-lemah iman”.


Tapi, kalau kita perasan kan, banyak dalam kalangan kita yang hanya cegah dengan menggunakan hati. Sedangkan kita ini bukannya uzur, atau berada jauh sampaikan kita ni tidak mampu untuk menegur, kan?

Umat Islam bakal hadapi satu kesan yang amat buruk jika gerak kerja yang macam ini diabaikan dan dipandang remeh. Paling ketara lagi, apabila retaknya hubungan antara hamba yang melakukan dosa dengan Allah. Bila dah berbuat dosa, maka menularlah sampaikan berbalah, memfitnah, dan membenci sesama umat itu sendiri.

*macam yang berlaku di Malaysia sekarang. Betul tak?


Tanpa amar ma’ruf dan nahi mungkar,manusia ni kehilangan pedoman, akhlak kian terhakis dan akidah akan terancam.


Sikap ‘jaga tepi kain sendiri’ perlu dihapuskan serta merta sebab sikap ini amatlah bahaya kerana membuka satu laluan yang amat selesa kepada Syaitan dan Nafsu untuk merampas takhta.



Sebagai contoh, kita duduk dengan rakan serumah di rumah sewa, sepatutnya kita kena saling tegur-menegur dalam segala hal. Tak kiralah dari basuh pinggannya, kemas bilik, mengaji, solat dan sebagainya.


“Kubur masing-masing, jadi aku tak kacau korang buat apa la!
Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing,
kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga.”




Kerana kubur masing-masinglah,kita kena mengambil berat tentang saudara seislam supaya sama-sama dapat melaksanakan kewajipan yang Allah tetapkan ke atas semua umat Islam iaitu mesti menyampaikan nasihat/dakwah dalam apa jua keadaan dan bentuk.

Kerana kubur masing-masing jugaklah, mereka nasihati kita supaya Islam itu tidak dipandang hina.

Kerana kubur masing-masinglah, mereka menegur kesalahan kita tadi kerana mereka yakin tentang gambaran pada Hari Pembalasan.

Ketika semua manusia akan dihitung amalannya dan dipersoal apa yang telah dilakukan ketika hayatnya di dunia, masa itulah kita akan mula tuding-menuding jari ke arah orang lain akibat takut dicampakkan ke dalam Neraka. SubhanAllah!

Di dalam Al-Quran Surah Al-Anfaal Ayat 25 mengatakan:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً ۖ

وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ




“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.”



Jadi, wajib bagi kita melakukan tanggungjawab ini untuk memastikan keharmonian dan keamanan dalam hidup ini, seterusnya mengelakkan kita dilaknat oleh Allah sebagaimana Allah telah melaknat Bani Israel akibat keengganan mencegah kemungkaran.

Wallahualam~

Muhasabah Diri, Hiasi Peribadi.

5 comments:

:: Tcher Putri Ifa :: said...

like diz!!!

Anonymous said...

jawapan kurang ajar cikit untuk orang2 macam nih:

sebab kubur masing2 r aku nak nasihat kat ko. t kang dalam kubur aku dah tak dapat tolong ko jawab soklan munkar nakir.

Muhasabah Diri, Hiasi Peribadi said...

yer,betul,tapi~
teguran tu kenalah dgan cara yang baik~
Islam anjurkan hadapi keburukan dengan teladan, nasihat~Abu Darda shbt Rasulullah penah berpesan jugak pasal teguran ni~

Anonymous said...

btul2~

ku anfusakum wa ahlikumunnaraa~
(keluarkan dirimu...ahli keluargamu dri api neraka)

so mmg tggjwb kite tego..
kalu org tu mmg da tanak dgr,
putus asa bkn sikap da3ie..
tabahlah dan teros berdoa spy org yg ditego tu diberi hidayah oleh Allah agar terima dgn terbuka teguran kita...

kita hnya betggjwb menegur..
hidayah ttp dri Allah kan..:)

Muhasabah Diri, Hiasi Peribadi said...

yup2~
hidayah ni ade mcm2 jenis~
ada org yg tak payah carik,mmg Allah bagi je teros~dan ade jugak yg kene "carik", baru jumpe~

*Hidayah al-Wijdan at-Tabie’i
Hidayah al-Hawas
Hidayah al-’Aqal
Hidayah ad-Diin
Taufiq

yup,jgn putus asa yer kwn2~
potongan Surah Yusuf,ayat 87;
"..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."

Post a Comment