Tuesday, February 9, 2010

Blogger, Jom Buat Dakwah Fardiah!



Menyeru manusia kepada Allah s.w.t (ad-da’wah ila Allah) adalah kewajipan setiap muslimin & muslimat tiap masa. Terutamanya pada zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah s.w.t yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.


Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu
kemuliaan yang
besar kepada pendukung dakwah.

Firman Allah yang bermaksud:


وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orangyang menyerah diri.” (Fussilat: 33)


Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala & ganjaran yang besar dan tidak ternilai seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang benar, ia sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, lagi-lagi zaman ini yang dah bercampur dengan pelbagai kefahaman dan ideologi, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyeleweng.


Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah salah satu peringkat (marhalah)
yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh.


Ia merupakan marhalah ta’arif (memperkenalkan), yang mendahului marhalah takwin (pembentukan). Di sana terdapat dakwah ‘Ammah (dakwah umum) yang dicernakan melalui pidato, ceramahceramah, majlis-majlis ilmu, media masa seperti buku-buku, risalah-risalah, suratkhabar, majalah, kaset dan lain-lain.

Di sana juga terdapat dakwah Fardiah (dakwah individu) yang tidak kurang pentingnya.

Jadi,marilah kita sama-sama memperbetulkan aqidah kita, dan memastikan landasan dakwah kita ini berada di arah yang betul dan menuju ke mardhotillah.

To be continued..


"Muhasabah Diri, Hiasi Peribadi
"

0 comments:

Post a Comment