Wednesday, January 6, 2010

Cemburu Dengan Ahli Al-Quran? - Siri 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Mengasihani

Insyaallah, kali ini kita sama-sama kongsi berkaitan ini





Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“Sesiapa yang reti membaca atau menghafal Al-Quran, tetapi dia merasakan kelebihan orang lain lebih besar, maka dia telah merendahkan keagungan Al-Quran (yang Allah telah kurniakan kepadanya)”

Hadith ini menyatakan tiada kelebihan yang lebih molek jika dibandingkan dengan nikmat Al-Quran yang Allah telah kurniakan

Jadi, adakah kita tergolong dalam mereka yang Allah berikan Al-Quran (berilmu & beramal)?



Dan dalam sebuah hadith yang lain:

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar dan mengajar Al-Quran”

Cuba kita semua fikirkan sejenak

Adakah kita tergolong dalam golongan yang tinggalkan Al-Quran?

Hadith Rasulullah S.A.W.:

Orang beriman yang membaca Al-Quran diumpamakan seperti buah limau yang wangi dan sedap rasanya. Orang beriman yang tidak membaca Al-Quran diumpamakan seperti buah kurma dan tamar yang sedap, tetapi tidak berbau. Orang munafik yang membaca Al-Quran diumpamakan seperi minyak wangi, wangi baunya, tetapi pahit rasanya. Orang munafik yang tidak membaca Al-Quran diumpamakan seperti buah yang pahit, tidak sedap dan tiada berbau wangi.”

(H.R. Imam Bukhari & Muslim)

Dikatakan ada 3 jenis generasi manusia di dunia ini

Generasi pertama (Sebaik-baik generasi, generasi para sahabat Rasul)

Golongan yang mengambil ilmu daripada Al-Quran, sampaikan mereka tidak beralih kepada ayat yang lain selagi tidak memahami 10 ayat yang dibaca sebelum ini.

Pada ketika itu, sedikit sahaja yang membacanya, namun ramai yang memahaminya(Al-Quran)

Generasi kedua (Zaman para Tabie)

Golongan yang tekankan pada pengamalan pembacaan, tetapi dari segi ilmu, mereka lemah jika dibandingkan dengan generasi sahabat Rasul

Generasi Ketiga

Golongan yang membaca Al-Quran, seperti meminum air, tetapi tidak sampai ke hati mereka, ke mata mereka, ke tangan mereka, ke kaki mereka.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya selepasku, ada satu puak, mereka membaca Al-Quran, sedap bacaanya, lagunya, tajwidnya, tetapi tidak melepasi bahagian khalkum mereka, (Tidak menangis & tidak takut). Maka mereka keluar daripada agama seperti anak panah yang keluar daripada busurnya. Mereka tolak apa yang diajarkan Al-Quran, merekalah sejahat-jahat makhluk yang ada.”

(H.R. Muslim & Imam Ahmad)



Adakah kita ini golongan yang dikatakan oleh Rasulullah?

Adakah diri ini cukup disinari dengan Kalam-kalam Allah?

Adakah diri ini telah jauh meninggalkan Al-Quran?

Renung-renungkan

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment