Sunday, November 15, 2009

Riakkah Kita? - Siri 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang


Secebis ingatan, riakkah kita?

Dikatakan orang yang riak adalah orang yang dimurkai Allah
Riak juga selalu dizahirkan dalam ibadat seseorang insan

Macam contoh, solat kerana manusia,
bukan kerana Allah semata-mata

Adakah solat itu akan diredhai oleh Allah S.W.T?

Kerana apabila kita buat satu ibadat itu bukan kerana Allah
Maknanya, kita dah mensyirikkan Allah!
Kita dah mempersekutukan Allah dengan yang lain.

Dalam Surah Al-Kahfi, ayat 110, ayat terakhir:

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ
فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa." Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya."

Ini bermakna, pentinglah bagi memperoleh keredhaan-Nya

Kita buat sesuatu amalan macam sedekah,
adalah bukan kerana nak dapatkan "Terima Kasih" atau "Ganjaran"

Dalam Surah At-Taubah, ayat 72:

وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي
مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُخَالِدِينَ فِيهَا
وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ
وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ۚذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

"Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar."


Kita disuruh banyakkan amalan yang manusia lain tidak tahu kita lakukannya

Sebab, amalan bertimbun mana sekali pun, jika tak ikhlas, maka sia-sia sahaja

Seperti kisah yang berlaku pada Zaman Rasulullah,
seorang panglima Islam yang berkata pada Rasulullah;

"Ya Rasulullah, aku berperang dengan berani ini kerana aku ingin mendapat nama/darjat dari orang lain, dan yang keduanya adalah aku mahu menjaga Kalimah Allah,"

Maka, Rasulullah pun diam sebentar, dan mengatakan apa yang dilakukannya dalam peperangan adalah sia-sia sahaja, kosong tanpa keredhaan-Nya

Sebab itulah, kita digariskan, syarat-syarat amalan seseorang itu diterima oleh Allah, dan boleh berjumpa dengan Allah adalah;

1-Beramal dengan amalan yang soleh(ikut ajaran Nabi)
2-Tidak melakukan syirik (riak)

Malah, Nabi Muhammad pernah berkata;

"Pada hari akhirat nanti, lelaki & perempuan yang beriman mampu bersujud kepada Allah, melainkan orang-orang yang riak, kerana mereka tidak mampu langsung untuk sujud, disebabkan tulang belakang mereka menjadi seperti satu kayu yang sangat keras"

Masyaallah!
Semoga dijauhkan RIAK dalam diri kita

Insyaallah kita sambung topik ini pada masa yang lain

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment