Saturday, September 3, 2011

Rayakan Merdeka atau Merdekakan Raya?


Apa yang perlu dibebaskan (dimerdekakan) daripada sambutan hari raya kita ini?

Berkali-kali saya menukar siaran di kaca TV musim perayaan kali ini. Hajat di hati mahu lihat perubahan. Tiada beza raya tahun 2000 dengan 2011. Semuanya menzahirkan kemeriahan berhari raya secara berlebihan, bertambah dengan adegan lakonan yang tidak senonoh, sedangkan watak dan mesej yang cuba dibawa berunsur “Islamic” pada tajuk ceritanya.

Mungkinkah kita perlu menambah lagi satu kata falsafah, “Don’t judge a movie by its title”.

Media massa sepatutnya memberi input yang berunsur cara-cara nak jadi baik, bukan lebih kepada cara-cara nak jadi jahat.

Jangan jadi terlalu stereotaip sangatlah. Bila panas berita cerita kes mat rempit, maka bertimbun cerita mat rempit ditayangkan. Lepas itu, datang pula isu simbah asid, hantu, gangster jalanan dan lain-lain.

Lain pengarahnya, sama yang diarahnya (dituju).


Pesakit & Racunnya

Analogi mudah, pesakit yang sememangnya dah memang keracunan, apabila kita bagi racun jugak, maka bertambah parahlah pesakit itu.

Sama aplikasinya dengan umat Islam pada hari ini. Umat Islam sekarang dah memang ‘keracunan’ akibat keruntuhan akhlak, jadi bila dihidangkan santapan filem berunsur racun (macam mana nak jadi jahat), bertambah parahlah umat kita. Reverse psychology berlaku sebab nikmat jadi jahat lebih menggoda mata dan hati.

Sikit sangat cerita santapan spiritual, banyak sangat santapan sakit mental.


Ketam Mengajar Anak Berjalan

Teringat saya kata-kata seorang pelakon wanita setelah dibidas lakonannya yang berpurdah, tetapi tonjolkan pergaulan tidak sihat juga. “Kadang-kadang pengajaran boleh disampaikan dengan menunjukkan cara yang salah (tak baik) dalam satu perkara” lebih kurang begitu ayatnya dengan maksud yang sama. Senyum sinis saya dibuatnya.

Cukup dengan sekadar peribahasa saya sifatkan, bagai ketam mengajar anaknya berjalan. Kita kononnya nak bagi kesedaran pada mata manusia, tetapi kita sendiri yang buat (dalam drama/filem) adegan itu, macam mana nak “terketuk” kotak pemikiran kita.

Apalah sangat keputusan ‘ujian’ Ramadhan kita baru-baru ini, sampaikan kita nak beria-ria raya sakan bagaikan telah ‘lulus dan menang’.

Adakah waktu hari raya sahaja kita perlu tonjolkan filem dan adegan yang baik-baik? Tidak.


Tok Guru Media Massa

Dari sinilah kita dapat lihat, jiwa anak didik Tok Guru Media Massa yang belum berubah malah bertambah parah. Baru sahaja duduk molek dalam bulan Ramadhan, terus bersuka-ria secara liar tibanya raya.

Kalau betul Ramadhan mampu didik jiwa, pasti tiada lagi ‘keracunan’ yang dihidangkan sebagai santapan di pagi Syawal yang mulia. Kalau tidak percaya, cuba ingat semula semua siaran TV yang ada, berapa banyak rancangan/filem berbentuk tazkirah?

Ternyata lebih banyak pula rancangan game show rayanya, tari-menari rayanya, konsert rayanya, akustik rayanya dan macam-macam rayalah. Terutama anak melayu kita yang terkinja lompat sana-sini nyanyi lagu hari raya. Maka bermulalah perjalanan dilema Melayu-Islam (Islamophobia).

Berhibur tidak salah, tapi perlu terarah.


Berperang Capai Kemerdekaan

Dulu kita berperang dengan penjajah capai kemerdekaan. Sekarang kita berperang dengan hawa nafsu untuk capai kemerdekaan . Kita masih belum merdeka bagaikan si pemuda yang terkapai-kapai di lautan asbab tak tahu berenang, kejap timbul, kejap tenggelam.


Sebab itu saya ketengahkan konsep ‘Merdekakan raya kita’. Dalam kitab Biografi Nafsu Manusia, berperang lawan hawa nafsu lebih besar daripada hadapi orang kafir, kerana:

1) Semasa perang lawan orang kafir, kita dapat lihat musuh dengan mata kasar, siapakah musuh kita. Sebaliknya perang hawa nafsu adalah berperang dengan musuh yang tidak kelihatan. Yang jelas nampak kita mudah elak, yang tidak nampak, bagaimana?

2) Perang lawan orang kafir hanya pada waktu tertentu sahaja, lain pula dengan perang hawa nafsu yang bersifat secara terus-menerus.

3) Kalau orang mukmin kalah atau terkorban dalam perang dengan musuh kita (kafir), kita gugur sebagai syuhada dan masuk ke Syurga tanpa hisab. Kalau kita kalah atau terkorban dengan hawa nafsu, kita sesat selamanya jika tiada taubat disertakan.


Apakah mustahil ‘Raya’ kita mencapai ‘Kemerdekaan’?

Berserdahanalah.


Muhammad Zaki bin Zainal Abidin,

Bandar Baru Bangi,

5 Syawal 1432 H.



Friday, July 15, 2011

NICE: Travelog Generasi Pengamal Perubatan

Dr. Abdul Basit Abdul Rahman - Konsep Perubatan Islam

Islam adalah agama yang sempurna dan lengkap. Tidak ada satu bidang pun yang boleh lari daripada cara hidup Islam. Malah, menurut Muslim, Salman al-Farisi pernah ditanya:

“Adakah Nabimu mengajar kepadamu mengenai semua perkara termasuk yang berkaitan dengan aspek membuang air besar?”

Salman menjawab, “Ya, Baginda Nabi melarang kami menghadap kiblat semasa membuang air besar dan kecil. Baginda juga melarang kami membersihkan najis selepas membuang air dengan menggunakan tangan kanan atau kurang daripada tiga biji batu. Nabi juga melarang kami menggunakan najis dan tulang.”

NICE

Pada 7-10 Julai 2011 yang lalu, saya sempat menyertai National Ibnu Sina Conference & Community Engagement 2011 (NICE) di Kem Kijang, Kelantan anjuran Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).

Apa yang boleh dipetik daripada program ini adalah program ini berjaya menyuntik para peserta dengan pendedahan konsep perubatan Islam yang sebenar dan pendedahan isu-isu feqah perubatan yang selalu diabaikan oleh pengamal perubatan masa kini (tidak kira bidang Perubatan, Farmasi atau Pergigian).


Kami sempat berkunjung ke rumah pesakit di Dun Kota Lama, Kota Bharu.

Apakah Itu Perubatan Islam?


اسلام يعلوا ولايعلى عليه
“Islam itu tinggi (amat mulia) dan tiada lagi yang dapat mengatasinya” [HR Al-Bukhari]

Seperti semua sedia maklum, ilmu itu sendiri dibahagikan kepada Ilmu Fardhu Ain & Fardhu Kifayah, dan ilmu Fardhu Kifayah itu pula dibahagikan kepada Kifayah Syariah & Kifayah Bukan Syariah. Setiap kali istilah ‘PERUBATAN ISLAM’ dilafazkan, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita adalah perubatan yang menggunakan air jampi ruqyah, bacaan doa ruqyah dan sebagainya.

Tetapi, konsep perubatan Islam yang sebenar adalah segala jenis kaedah perubatan moden/alternatif masa kini tidak kira di hospital, klinik, atau di farmasi selagi mana tidak melanggar syariat Islam, kerana ‘wujudnya’ Islam itu berada dalam semua bidang.

Perubatan Islam tidak hanya menekankan penyakit-penyakit fizikal, malah perubatan Islam juga mementingkan pengubatan jiwa manusia.

Ustaz Fauzi Yusoh - Isu-isu Terpilih Dalam Feqah Perubatan

“Apabila kita merawat pesakit itu biarlah rawatan yang boleh membawa ke Syurga Allah”, kata Ustaz Fauzi Yusoh dalam ceramah beliau dalam NICE yang lepas.

Secara logiknya, rawatan yang hanya mementingkan rawatan fizikal hanya sihat dari segi fizikal, tetapi rosak jiwa dan pemikiran jika tidak mengubat secara rohani (yakni merawat dengan cara sebenar).

Al-Syeikh Walid Muhammad Nuruddin telah menggariskan isu-isu feqah perubatan semasa:
1) Sentiasa bertaqwa
2) Ikhlas
3) Lemah-lembut
4) Berusaha mengenal penyakit
5) Sentiasa berdoa
6) Menjadi contoh teladan kepada rakan & pesakit
7) Tidak tumpukan kepada ilmu kedoktoran sahaja, malah perlu tahu ilmu feqah & tasawuf
8) Tidak berkhalwat dengan pesakit, serta doktor wanita hendaklah beriltizam dengan sifat malu


Sumber Hukum Yang Sah [1]


Secara dasarnya, sumber hukum bagi perubatan Islam adalah Al-Quran & Sunnah dan keduanya disokong dengan pendekatan yang diizinkan seperti Ijmak, Kias & Ijtihad.

Ijmak – Kesepakatan hukum dalam kalangan ulama’ berhubung sesuatu isu.

Kias –
Perbandingan, mengeluarkan sesuatu hukum dengan cara membandingkan perkara yang belum pasti hukumnya dengan satu hukum yang sudah pasti berdasarkan Al-Quran & Sunnah.


Ijtihad –
Kesungguhan menentukan hokum menggunakan kaedah-kaedah yang diambil daripada Al-Quran & Sunnah. Ini diharuskan dalam perkara yang tidak jelas hukumnya kerana dalil-dalil mengenainya mempunyai kesamaran.


Segala tindak-tanduk rawatan pengamal perubatan tidak boleh lari daripada 5 jenis hukum, Wajib, Haram, Sunat, Makruh & Harus.


Tidak Mahu Hipokrit, Bertambah Dosa


“Eh kamu ni doktor, bukannya Ustaz, jadi tak payahlah tegur saya sama ada saya solat atau tidak!” kata seorang pak cik kepada doktor muda yang mengambil berat mengenai ibadah pesakit.

Kita, sebagai pengamal perubatan, mahu tidak mahu tidak boleh lari daripada tuntutan Allah dalam menjadi khalifah di muka bumi ini.

ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ
نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)." [An-Naml:62]

Contoh perkara-perkara yang selalu diabaikan oleh pengamal perubatan masa kini:

1) Suasana hospital yang tidak mesra ibadah
2) Tidak mengambil berat ibadah para pesakit (cara solat ketika sakit, cara bersuci, berpuasa dan sebagainya)
3) Tidak mengambil kira hukum-hakam dalam rawatan

Kita perlu ingat bahawa orang yang paling rapat dalam berinteraksi dengan pesakit adalah pengamal perubatan itu sendiri. Jarang sekali kita dapat lihat para alim ulama’, ustaz-ustaz berlegar di hospital dan mengambil kira tentang ibadah pesakit.

Ada pun ustaz-ustaz yang menjalankan pendekatan sebegitu pasti akan dilayan nasihatnya setakat mana pesakit itu berhadapan dengan mereka, selepas kepulangan ustaz tersebut, pesakit akan melupakan dan tidak menghiraukan perkara tersebut.

Uniknya pengamal perubatan kerana segala kata-kata mereka bakal didengar dan dituruti kerana pesakit tahu kata-kata mereka ada hubung kait dengan penyakit, dan itulah lumrah manusia yang lebih ‘terjaga’ apabila bercakap mengenai kesihatan mereka berbanding dari ibadah mereka.


"Develop yourself" - kata Prof. Dr. Muhaya


Penyakit & Kesembuhan Adalah Daripada Allah


1) Tuntuan untuk berubat dalam Islam, malah segala penyakit ada ubatnya kecuali penyakit tua

Dari Usamah bin Syarik RA, bahawa beliau berkata:
"Aku pernah di sisi Rasulullah SAW lalu datanglah sekumpulan arab dusun. Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat? ."

Baginda menjawab, “Ya, wahai para hamba Allah berubatlah. Ini kerana Allah `azza wa jalla tidaklah meletakkan sesuatu penyakit melainkan meletakkan pula ubatnya, kecuali satu penyakit."

Mereka bertanya, "Penyakit apakah itu? ."
Baginda menjawab, "Penyakit ketuaan." [2]



2) Segala penyakit ada ubatnya bagi mereka yang tahu.

Dari Ibnu Mas'ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ لَمْ يَنْزِلْ دَاءً إِلاَّ وَأَنْزَل لَهُ دَوَاءً، جَهِلَهُ مَنْ جَهِلَهُ وَعَلِمَهُ مَنْ عَلِمَهُ

"Sesungguhnya Allah `azza wa jalla tidaklah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya. Ubat itu diketahui oleh orang yang boleh mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak boleh mengetahuinya." [3]




3) Sakit dapat menghapuskan dosa.
Abdullah bin Mas‘ud RA, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيْبُهُ أَذًى مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ إِلاَّ حَطَّ اللهُ بِهِ سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا

“Tidaklah seorang muslim ditimpa gangguan berupa sakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya” [4]


4) Sihat bukan sebab ubat, tetapi sebab Allah yang sihatkan.

Jabir RA membawakan hadith dari Rasulullah SAW:


لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ، فَإِذَا أُصِيْبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Setiap penyakit ada ubatnya. Maka bila ubat itu mengenai, penyakit akan sembuh dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala.”[5]



Akhirulkalam


Saya syorkan agar sahabat-sahabat membeli Kitab Fikah Perubatan terbitan PTS Millenia Sdn Bhd dengan kerjasama PAPISMA. Kitab ini mengupas Konsep Perubatan Islam, Asas Fikah Perubatan, Hukum Berubat, Bendalir Badan Serta Bersuci, Ibadah Semasa Sakit dan lain-lain.

Adapun kitab-kitab lain adalah seperti At-Tibb an-Nabawi tulisan Ibnu Qayyim Al-Jauziah terbitan JASMIN, serta kitab Perubatan Islam & Bukti Sains Moden tulisan Dr. Danial Zainal Abidin.

Rujukan:

[1] –Perubatan Islam & Bukti Sains Moden, Dr. Danial Zainal Abidin
[2] - (HR. Ahmad, Al Bukhari dalam Al-Adabul Mufrod, Abu Dawud, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi, beliau berkata bahawa hadis ini hasan sahih. Syaikhuna Muqbil bin Hadi Al-Wadi'i mensahihkan hadith ini dalam kitabnya Al-Jami'us Sahih mimma Laisa fish Sahihain 4/486)
[3] - (HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim, beliau mensahihkannya dan disepakati oleh Adz-Dzahabi. Juga Al-Bushiri mensahihkannya dalam kitab Zawaidnya. Lihat Takhrij Al-Arnauth atas Zadul Ma'ad 4/12-13)
[4] - (HR. Al-Bukhari no. 5661 dan Muslim no. 6511)
[5] - (HR. Muslim no. 5705)

Wednesday, June 15, 2011

From domo-kun to exam-kun


15 June 2011 - MCQ
18 June 2011 - Essay
21 June 2011 - OSCE (Practical)
2 July 2011 - Depart from Cairo to KLIA
7-10 July 2011 - National Ibnu Sina Conference &
Community Engagement, Kem Kijang Kota Bharu

Sunday, May 29, 2011

Pandangan Islam Mengenai 'MARAH'

*Tajdid niat dahulu sebelum baca, insyaAllah masuk*

Sifat marah ini datangnya daripada hati kita dan mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang yang sabar dapat menahan kemarahan dia dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya.

Nas Berkaitan Jangan Marah


Imam Bukhari meriwayatkan, Abu Hurairah menceritakan, ada seorang lelaki, datang minta nasihat daripada Rasulullah S.A.W., Baginda jawab:
"Jangan marah.". Lelaki itu ulang balik soalan dia. Rasulullah S.A.W. menjawab: "Jangan marah". Soalan itu diulang beberapa kali, namun Baginda jawab dengan jawapan yang sama. [1]

Ada disebut dalam riwayat Imam al-Tirmizi, lelaki tersebut berkata:
"Ya Rasulullah, berilah nasihat kepadaku dan jangan pula terlalu banyak, moga aku senang memahaminya." Lantas Baginda Rasul menjawab: "Jangan Marah". [2]

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Dari Mu’adz bin Anas r.a., bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:

مَنْ كَظَمَ غَيْظًا، وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُنْفِذَهُ، دَعَاهُ اللهُ سبحانه و تعالى عَلَى
رُؤُوْسِ الْخَلاَئِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، حَتَّى يُخَيِّرَهُ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ مَا شَاءَ

"Barangsiapa yang menahan marah, padahal dia mampu melepaskannya, niscaya Allah akan memanggilnya di atas para pemimpin makhluk pada Hari Kiamat hingga Dia memberikan pilihan bidadari untuknya sesuai kehendaknya." [3]



Kategori Marah
[4]
Allah ciptakan kita ini dilengkapi dengan dua unsur:

1)
Jasmani (Pegang kepala, siku, bahu, lutut dan lain2)
2)
Rohani (Bateri dalam hati, roh)

Jadi, tanpa roh, tidak cukup manusia itu. Tanpa bateri, tidak bergerak satu jam itu. Jarum jam (fizikal/jasmani) semua cukup belaka sudah, tapi tanpa bateri tidak gerak jam itu.
Dari segi roh, hakikatnya, kita redha dengan segala yang berlaku, walaupun kejadian maksiat itu semua ketentuan Allah S.W.T.

Kemudian, dari segi jasmani pula, kita
berlandaskan syariat. Sampai masa kena marah, kita marah, sampai masa kita berlembut, kita kena berlembut. Marah yang dicela oleh syara' ini adalah marah kerana NAFSU belaka. Tapi kalau marah kerana AGAMA, itu dipuji syara'.

Contoh:

-Marah kerana NAFSU
; Marah sebab tak dijemput makan dinner/ Marah sebab ditinggalkan kawan dan sebagainya. Kerana apa? Kerana faedah marah itu tidak ada melainkan untuk diri kita sendiri.
-Marah kerana AGAMA
; Kita marah orang memperendahkan Rasulullah S.A.W./ Isteri kita diperkosa orang/ Atau kepada orang yang hina agama Islam dan sebagainya. Tapi, tidak dapat dinafikan bahawa sifat marah itu datangnya daripada hati. Semua orang ada sifat marah. Sebab itu, agama diturunkan, dan Rasul diutuskan untuk mengajar supaya kita mengawal marah kita, agar marah itu dapat diterjemahkan sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'.


Orang Gagah Disebut Rasulullah

Daripada Abu Hurairah r.a.
, bahawa Rasulullah S.A.W.bersabda,

لَيْسَ الشَّدِيْدُ بِالصُّرَعَةِ، إِنَّمَا الشَّدِيْدُ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ.

"Bukanlah orang yang kuat itu adalah orang yang suka bertindak dengan kekerasan, akan tetapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah." [5]


Daripada Ibnu Mas'ud r.a., dia berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda,

مَا تَعُدُّوْنَ الصُّرَعَةَ فِيْكُمْ؟ قُلْنَا: الَّذِيْ لاَ تَصْرَعُهُ الرِّجَالُ

. قَالَ: لَيْسَ بِذلِكَ وَلكِنَّهُ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ.

''Siapakah di antara kalian yang kalian anggap kuat?' Kami menjawab, 'Orang yang tidak terkalahkan oleh orang lain.' Nabi bersabda, 'Bukan demikian, akan tetapi dia adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah'." [6]


Cara Menangani Sifat Marah


Sebut ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ dan kemudiannya segera berwuduk. Sekiranya sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk. Jika sedang duduk, dia hendaklah berbaring. Kalau takut-takut masih tidak dapat mengawalnya, maka dia perlu beredar daripada tempat atau orang yang timbulkan kemarahan dia tu. [7]

Daripada Athiyyah bin Urwah as-Sa'di r.a., dia berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda,

إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ،

وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ، فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ.

''Sesungguhnya marah itu berasal dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air, maka apabila salah seorang di antara kamu marah, hendaklah dia berwudhu."[8]


Menahan Marah Masuk Syurga Allah


Antara ciri-ciri orang yang masuk ke dlm syurga Allah s.w.t ialah mereka yang menahan kemarahan dan orang-orang seperti ini dipuji oleh Allah s.w.t sebagaimana yang dapat difahami dari firman Allah :


وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa"(133)

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ
الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

"mereka yang menafkahkan (harta) sama ada pada waktu lapang atau waktu sempit, mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh manusia dan Allah mengasihi orang yang melakukan kebaikan".(134)
(Surah Ali-Imran : ayat 133 & 134)[9]

Wallahualam. p/s; Rasanya minggu ni Minggu Marah Sedunia kot, sebab dengar khabar kat Malaysia, majalah SOLUSI, tema utama keluaran kali ini adalah MARAH.Apa-apa pun, good luck to my batch Semester 4 Mansoura-Manchester Medical Programme, moga-moga final exam kali ni kita semua mantop belaka ni deh.

Rujukan:

[1]
- No. 6116

[2]
- No. 1943

[3] - Diriwayatkan oleh Ahmad 3/438 dan 440; Ibnu Majah, Kitab az-Zuhd, Bab al-Hilm, 2/1400, no. 4186
[4] - Kuliyah Ustaz Azhar Idrus 1 April 2009, Kitab Farhatus As-Salik
[5] - al-Bukhari, Kitab al-Adab, Bab al-Hadzr Min al-Ghadhab, 10/518, no. 1114; dan Muslim, Kitab al-Birr, Bab Fadhl Man Yamliku Nafsahu Inda al-Ghadhab, 4/2014, no. 2609.
[6]
-
Shahih Muslim, 2608.
[7] - Kesimpulan Syeikh Ibn Uthaimin dalam Kitab Syarh Riyad al-Salihin
[8]
- Abu Dawud, 2/663, no. 4780; at-Tirmidzi,
kitab ad-Da'awat, Bab Ma Yaqulu Inda al-Ghadhab, 5/504, no. 3452
[9] - Al-Quran

Thursday, May 26, 2011

Satu Kali Marah, Sama Seperti Satu Lubang..

Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia ni tak dapat kawal kemarahannya even hanya berdepan dengan satu masalah kecil jer. Pada suatu hari ibunya telah hadiahkan Said sebungkus paku.

“Untuk apakah paku-paku ini, ibu?” tanya Said
'‘Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu kat depan rumah kita ini untuk lepaskan geram kemarahanmu” jelas ibunya.

Pada hari pertama jer, Said dah memaku sebanyak 29 batang paku kat tembok tersebut. Selepas beberapa minggu, bila dia dapat kurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia dapati adalah lebih mudah kawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tak marah walaupun sekali. Dia terus beritahu ibunya hal tersebut dengan gembira.

Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said cabut balik paku-paku yang dah terpaku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said terus beritahu ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata, “Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi sekarang lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut.

Tembok itu tak akan kelihatan sama lagi macam yang sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.


Walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada pada manusia. Luka di hati pedih daripada luka fizikal.

Renungkan, InsyaAllah lepas entry ni, kita bincangkan pasal dalil/nas/ pandangan Islam mengenai MARAH. Wallahualam.

Friday, May 20, 2011

Tazkirah dengan rahsia pada jari kita


Apakah tarbiyah/tazkirah yang ada pada jari-jemari kita? Mari sama-sama renungkan. Cuba aplikasikan cara-cara yang disebutkan sambil anda membaca entry ini. Cuba tengok jari kita:

1. Genggam kuat-kuat & angkat ke atas sambil laung, "Allahu Akbar!". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung (semangat perjuangan Islam).

2. Straighten our fingers ke depan dalam keadaan terbuka & renung dalam-dalam. Kita akan nampak 5 jari. Yang pentingnya adalah "5". Itulah kewajipan solat lima waktu, jangan kita abaikan.

3. Put our hand on the table, perhatikan. Start dari jari kelinking yang kecil & kerdil, macam manusia & apa benda pun akan start dari kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri impact/kesan yang besar pada masa depan.

4. Next one, jari manis. Macam tu jugak la dengan usia remaja, semuanya sweet belaka ya, manis macam jari manis. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Masa remaja kita selalu diduga dengan cabaran dan dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga, jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's, insyaAllah jika dipanjangkan umur, kita dah ada status & ekonomi & career yang stabil but kita kena hati-hati sebab masa ni la banyak "hantu- hantu pengacau" yang datang menggoda.

Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam-macam lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk. See how gagahnya jari telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari-jari sebelum ni. Macam tu jugak dengan kita perlu jadi role model to the new generation, jadi pembimbing yang kaya dengan idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari, besar & pendek compared to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari, semua urusan kerja kita lancar, tapi cuba bayangkan kalau tak ada ibu jari; nak gengam/pegang something cukup susah, nak pegang sudu pun susah.

To young generation, nak buat apa-apa rujuk la kat org tua/berpengalaman. Maksudnya kita kena bergerak and bergantung pada ilmu & pengalaman daripada orang tua kita jugak. Maka orang tua tersebut bolehlah tunjuk ajar pada kita, malah bagi thumbs up pada kita.

*Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Di manakah kita sekarang? (Memanglah di hadapan pc/laptop sekarang, maksudnya posisi iman kita di mana?)

*Info tambahan yang mungkin sahabat-sahabat sendiri dah tahu:

a) Tersiratnya nama Allah pada jari kita


b) Nombor 81 & 18 dalam bahasa Arab tertera pada telapak tangan kita (81+18=99, 99 digit Asmaul Husna)

Wallahualam.

Wednesday, March 30, 2011

Depression - Kaitan Dalam Perubatan, Islam & Cara Ubati?

Assalamualaikum.

Pada minggu ini admin berminat untuk sentuh berkaitan stress, kerana salah satu Student’s Presentation untuk Case 2 Semester 4 ada menyentuh berkaitan depression. Masalah emosi, kebimbangan sangat (anxiety) yg tak dirawat akan menyebabkan orang itu mengalami kemurungan (depression).

Anxiety & depression ini pada awalanya tidak merbahaya mana, tapi kedua-duanya merupakan permulaan bagi masalah ANXIETY DISORDER yang diperiksa oleh doktor. Malangnya, ramai dalam kalangan kita temui jalan buntu untuk ubati penyakit ini sampai ada yang berputus asa, mengambil jalan mudah, dengan membunuh diri. JANGAN!

Kaitan Dukacita/Depression Dalam Fakta Perubatan

-Mempunyai kesan terhadap jantung

-Menyebabkan tekanan darah tinggi

-Menyebabkan Reumatik (penyakit yang menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pada sendi)

-Mempunyai kesan dalam proses penghadaman

-Boleh menyebabkan selesema, dan kalenjar beguk

-Kita mula mengambil pemakanan bergula & bergaram dengan banyak

Satu petikan ayat daripada pakar barat, Dr. Joseph F. Montagno, “Punca barah yang anda tanggung bukan berasal daripada makanan yang anda makan, tetapi kerana sesuatu yang memakan dirimu.”


Kaitan Dukacita/Depression Dalam Islam

Hadith Riwayat Ibnu Hibban, Rasulullah pernah bersabda setelah ditanya oleh sahabat:

“Siapakah orang yang paling banyak sekali terkena ujian?” Jawab baginda: “Nabi dan seterusnya orang yang sumpama mereka. Maka barangsiapa yang tebal imannya, nescaya banyaklah ujian yang akan menimpanya dan barangsiapa yang lemah imannya sedikit pula ujiannya.”

Ada disebut dalam buku La Tahzan, Dr. ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni:

“Jangan bersusah hati sebab ia hanya akan membuatmu lemah dalam beribadah, malas untuk berjihad, putus harapan dan mengheretmu untuk berburuk sangka. Jangan berdukacita, sebab rasa sedih dan susah hati ialah akar kepada pelbagai penyakit jiwa, punca penyakit saraf, penghancur jiwa dan penyebar keraguan & kebingungan.”

Jangan ambil jalan mudah. Orang Islam ada 1001 cara untuk hilangkan kesedihan. Tidak kisah berpunca disebabkan apa sekali pun.

Surah Al-Taghabun, ayat 11:

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ
وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. “


Potongan ayat 286, Surah Al-Baqarah:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…”


Fahamilah, segala musibah itu datangnya dari Allah sebagai satu ujian. Tetapi, Allah tidak akan membebani hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hamba-Nya. Betapa Pemurah & Penyayangnya Allah S.W.T.

Jangan mudah putus asa. Tabahlah, dan bukannya rebah!

Potongan ayat 87, Surah Yusuf:

يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ

“..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."

Berubat Dengan Cara Islam?

Tips mudah mengatasi kekecewaan/putus cinta yang diajar oleh Tuan Guru Dato’ Dr.Haron Din, yang ingin admin kongsikan, amalkan yang berikut:

-Potongan ayat 39, Surah Ar-Ra’d:

يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ

“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki..”

Wallahualam.*Jom layan lagu nasyid best sekejap, tajuk "Pupus".Nyanyian kumpulan Firdaus & Faizal Tahir.


Rujukan:

-Al-Quran

-Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit, Darussyifa'

-Pembacaan Ilmiah Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif, Lulusan Ijazah Universiti Al-Azhar bidang Usuluddin

Monday, March 21, 2011

Gugurkan Bayi Dalam Islam? - Case 1, Sem 4


Assalamualaikum. Pertama sekali bersyukur, siang tadi tamat sesi PBL Ke-2, Case 1 Semester 4. And one of the student presentations kali ni, bertajuk Legal Causes Termination Of Prenancy. Salah seorang rakan kita tadi ada terangkan serba sedikit penjelasan berkaitan pengguguran bayi dalam Islam.

Maka, insyaAllah kali ni admin kongsikan sedikit.

*Entri kali ni admin lebih suka tampilkan dalam bentuk soalan2, supaya tak bercampur-aduk pemahaman tu ya.

1. Adakah dibenarkan utk gugurkan baby, in case of baby tu ada penyakit genetik atau pun cacat kekal apabila lahir?

Pengguguran biasanya tak diizinkan malahan bertentangan dengan ajaran Syariah. Tapi, ia dibolehkan dalam keadaan tertentu yg mendesak seperti meneruskan kandungan yg boleh membahayakan nyawa si ibu.

Sama juga, untuk melaksanakan prosedur ini ke atas orang lain juga haram, sebagaimana apa yang haram bagi seseorang juga akan menjadi haram untuk dilakukan kepada orang lain.

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

ALLAH SWT berfirman, “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” –(potongan ayat 2, Surah Al-Maidah.)

-Kalau mmg dah disahkan oleh sepasukan doktor yg pakar & tsiqah (yakni dapat dipercayai dari segi pegangan agamanya) dgn ikut keputusan ujian makmal dan klinikal yg janin (fetus) itu tak normal, terjejas teruk, tak dapat dirawat, dan andainya dia lahir diyakini dia akan menderita sepanjang hidup dan juga menyebabkan kesulitan kepada keluarganya, maka bayi itu boleh digugurkan sebelum berumur EMPAT BULAN (120 HARI).

-Wanita yg dah hamil melebihi 4 bulan, HARAM menggugurkan kandungannya tanpa khilaf. Ramai ulama menukilkan IJMAK seperti Ibn Juzai dalam Qawanin Fiqhiyyah.

-Kerana selepas tempoh 4 bulan, sesuatu janin telah ditiupkan RUH ke dalamnya, dan ia dikira satu jiwa yang mempunyai kehormatan. Menggugurkannya bererti membunuh satu jiwa tanpa hak.

-Ianya terletak kepada tanggungjawab bagi mereka yang berhak seperti doktor dan ibu bapanya untuk menentukan hal tersebut.

-Adapun, sebelum janin melepasi tempoh 4 bulan, maka hukum menggugurnya adalah masalah khilafiyyah. Ada ulama haruskannya sebelum 4 bulan. Ada ulama mengharuskannya sebelum 40 hari. Dan ada ulama langsung tidak mengharuskannya.

2. Hukumnya tetap sama bagi kes rogol/zina juga ke?

-Hukum ini tidak membezakan antara janin yang tercipta melalui perkahwinan, atau melalui perbuatan zina, atau melalui paksaan (rogol). Sbb pertalian antara janin dengan ibunya adalah sah walaupun melalui zina, bererti ia adalah anak si ibu yg sah.

-Ianya cuma dikecualikan dlm kes2 darurat mcm contoh kalau diteruskan kehamilan, akan menyebabkan terancam nyawa si ibu. Maka dibenarkan menggugur kandungan untuk memelihara nyawa ibu.

-Dalam Surat Khabar Utusan, ruangan Fatwa Al-Azhar (tahun 2008), fatwa itu cakap, memilihpendapat HARUS menggugurkan kandungan jika disebabkan rogol, kerana menganggap ia salah satu keuzuran. Tetapi fatwa tersebut HANYA dalam kes SEBELUM janin mencapai 4 bulan, atau terbentuk rupa fizikalnya.

-Fatwa tersebut dilihat bertepatan dengan kaedah ‘Maslahat dan Mudarat’ dalam Islam. Sudah pasti wanita tersebut dan keluarganya tidak menyukai kehadiran janin yg tercipta dari benih seorang perogol. Maka ini satu keringanan, tetapi HANYA pada permulaan kandungan.

3.Walaupun dia orang miskin yang tidak dapat menanggung makan anak?

-Tetap sama apply hukum yang atas ni.

-Orang terbabit hendaklah terima takdir Allah (yang mengurniakan anak kepadanya) dan meyakini pemberian rezki dari Allah untuk makhluk yang Ia ciptakan. Firman Allah;

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءاً كَبِيراً

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31).

-Menggugurkan janin atau kandungan adalah berdosa kerana melakukan jenayah ke atas makhluk yg telah wujud sekalipun belum lahir ke dunia.

-Sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya setiap seorang dari kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya iaitu selama empat puluh hari sebagai nutfah (yakni air mani), kemudian ia menjadi ‘alaqah (iaitu segumpal darah) dengan tempoh seperti itu juga (yakni 40 hari), kemudian menjadi mudhghah (iaitu seketul daging) dengan tempoh seperti itu juga (yakni 40 hari). Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ia meniupkan ruh kepadanya” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a.).

-Hadis ini menunjukkan bahawa janin di dlm perut melalui proses kejadian yg ditetapkan Allah. Membunuhnya bermakna membunuh makhluk Allah yg sedang membesar. Maka, menurut ulamak; semakin meningkat usia janin itu, maka dosa membunuhnya semakin besar.

*Wallahu a’lam. Setakat ini sahaja. Case lain, kita cerita pasal lain pulak lain kali.

Rujukan:

*Al-Quran & Tafsir.

*Kesimpulan dari fatwa yg dikeluarkan oleh Komiti Perundangan Islam, Liga Muslim Sedunia dalam perjumpaan sesi ke-12, pandangan pendapat majoriti.

*Arkib Fatwa, dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î.

*Dijawab oleh Shaykh Muhammad ibn Adam al-Kawthari, Ulama Mazhab Hanafi.

*Al-Wafi Fi Syarhi al-Arba’in an-Nawawiyah, Dr. Mustafa al-Bugha.

*Fatwa (http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=18704)

*Fatwa (http://islamqa.com/ar/ref/12118/إسقاط)

*e-Fatwa JAKIM

Sunday, November 21, 2010

Benarkah Siti Hawa Diciptakan Daripada Tulang Rusuk?

Gambar Hiasan

Salam a’laik.

Dalil dan Hadith berkaitan topik ini:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا

" Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; .."

(An Nisaa' : potongan ayat 1)


هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا

" Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. " (Al A'raaf :potongan ayat 189)


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا
وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Ar Ruum :ayat 21)


Hadith Rasulullah SAW yg bermaksud:

"Sesungguhnya wanita seperti tulang rusuk, apabila kamu hendak meluruskannya,

ia akan patah.Jika kamu membiarkannya, ia akan tetap dalam keadaan bengkok"

(Riwayat Muslim)

" Berpesanlah kamu dengan wanita, sesungguhnya wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang paling bengkok dan teratas sekali, jika kamu hendak meluruskannya, ia akan patah.Jika kamu biarkan ia akan tetap dalam keadaan bengkok.Hendaklah kamu menasihati wanita dengan sebaik-baiknya". (Riwayat Muslim)


PENDAPAT FAKRU AL-RAZI :

Dlm ayat satu Surah An-Nisaa' , ada dua pandangan :

1) Ulama’ sepakat bahawa Siti Hawa diciptakan daripada satu tulang daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S. dengan hujah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya wanita dijadikan daripada tulang rusuk yang paling bengkok ".

2) Abi Muslim Al Asfahani berpendapat : Bahawa maksud ayat :

"Dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak". (An Nisaa' :1) ialah daripada jenis yang sama (maksudnya contoh mcm jenis tanah, api, atau cahaya), sebagaimana dalam firman Allah SWT yang bermaksud :


"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri ".

(An Nahl : potongan ayat 72).


"Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri.."

(Al 'Imran :potongan ayat 164).


KESIMPULAN DR.YUSOF AL QARDHAWI

Daripada pandangan dan pendapat di atas, tidak ada kesepakatan yang jelas tentang kejadian Siti Hawa.

Siti Hawa diciptakan daripada diri Nabi Adam bermakna ia diciptakan daripada jenis yang sama iaitu tanah,bukan daripada cahaya atau api.

Hadith-hadith yang menyatakan ia diciptakan daripada tulang rusuk adalah perumpamaan(tasybih) dan tidak ada nas yang memutuskan tentang penciptaan daripada tulang rusuk Nabi Adam.

Imam Nawawi mengaitkan hadith-hadith dan dalil Fuqaha' atau sebahagian mereka bahawa Siti Hawa diciptakan daripada tulang rusuk, firman Allah SWT yang bermaksud :

"..yang menciptakan kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak". (An Nisaa' :1)


dan penjelasan hadis Rasulullah SAW yang diciptakan daripada tulang rusuk. Sebenarnya yang tersirat didalam hadis ini hendak menjelaskan tentang kelembutan wanita, sifat ihsan terhadap mereka serta kesabaran kaum lelaki mendepani akhlak dan kelemahan wanita.

Mempercayai mana-mana pandangan ahli tafsir dan fuqaha' seperti yang dinyatakan diatas, tidak menjejaskan kepada aqidah Umat Islam.

Wallahu'alam.

Rujukan:

1. Al Quran dan terjemahan.

2.Markaz Pengumpulan Kajian Dan Hasil PenyelidikaN, PMRAM

p/s:topik ini perlukan lebih pada penjelasan dan tafsiran yang tepat. Sila rujuk yang lebih arif. Sebab ada yang memerlukan pada penekanan KATA SENDI BAHASA ARABdalam ayat Al-Quran, contohnya, (Min) من, memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain, mcm “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. Jadi, memerlukan kajian dan penjelasan yang lengkap.

Monday, November 8, 2010

Menguap - Dari Sudut Sains Dan Islam


Menguap Dari Sudut Sains

Menguap ni selalu dikaitkan dengan bila kita mengantuk,bosan atau nak tidur.

Menguap ni adalah salah satu involuntary action (benda yg kita tak control, malah kajian cakap menguap berlaku semasa kita dalam kandungan ibu lagi), yg menyebabkan mulut kita terbukak luas dan menarik nafas kita sedalamnya.

*Satu teori yg menarik, kajian cakap, purata seorang itu menguap adalah selama 6 saat. (cubalah kira ya kalau nampak ada org menguap)

1. Menguap disebabkan oleh Hypoxia (kurangnya oxygen levels dalam saluran darah).

Teori ini cakap yg kita akan menguap menyebabkan kita mengambil/menarik nafas sedalam yg boleh pd saat2 kita perlukan Oxygen yg lebih (kemungkinan sbb kita penat atau tak cukup nafas). Tapi ada mcm2 masalah dalam membuktikan teori ni. Saintis pun dah melakukan mcm2 jenis kajian utk buktikan teori ini. Sebab apa? Sebb, kalau betul menguap itu dilakukan sbb kita nak Oxygen lebih, kenapa bila kita berlari, dan sesak nafas, kenapa kita hanya akan tarik nafas lebih laju (breath harder), dan bukannya menguap?

Ada banyak bahagian tubuh kita yg bertindak balas masa kita menguap.

1)Mulut kita akan terbukak, jaws(tulang rahang) jatuh atau turun, menyebabkn sebanyak yg boleh udara masuk melalui mulut.

2)Bila kita inhale tadi, udara yg masuk akan penuhkan ruang2 dalam paru2 (lungs) kita.

3)Muscle,otot External Intercostal Muscle akan mengembang dan Diaphragm kita ditolak ke bawah.

4)Udara yg masuk tadi kembangkan paru2 kita, dan kemudian sebahagian udara tadi akan ditolak balik keluar.

Ada satu teori ni cakap,tubuh manusia ini meguap adalah utk drawn in lebih banyk Oxygen, atau pun buangkan a build-up carbon dioxide (yang terlebih).

*ada satu kajian dibuat di University Of Maryland,Baltimore Country, bila diberi Oxygenyang banyk, takkan kurangkan menguap, dan kurangnya Carbon Dioxide dalam satu kawasan pon takkan kurangkan menguap.

2. Menguap ini salah satu bentuk komunikasi memberitahu perubahan fisiologi tubuh yang menunjukkan kita penat.

Teori ini lebih kurang mcm nak beritahu yang setiap tingkah laku kita tampilkan maksud tersendiri. Contohnya, kalau kita senyum, itu tanda kita gembira, bila nangis tandanya sedih, muka Nampak marah tandanya mmg marah. Masalah dgn teori ini, hampir sebilangan haiwan juga menguap! Takkanlah dgn itu menunjukkan haiwan juga nak express mereka ini penat. Sbb haiwan2 mcm ini tak memerlukan ekspresi muka utk tampilkan perasaan (senyum, marah, gembira). Jadi, teori ni tak boleh digunakan utk bentuk komunikasi.Ini tak bermaksud menguap itu tak digunakan utk tunjukkan perasaan (penat), tapi ternyata menguap itu tak berasal dari teori ini.

3.Menguap digunakan untuk stretch out (siap sediakan) kita punya paru-paru untuk digunakan.

Mungkin paru2 kita perlukan “senaman” bg satu tempoh tertentu utk buang wrinkles dan lain2. Ini ditambahkan lagi kenapa bila menguap selalu dikaitkan dgn stretching other muscles (mcm contoh lengan, mengeliat). Jadi, apa yg dibuat adalah utk menyediakan tubuh kita utk satu kerja yg kuat. Tapi, ini taklah bermakna bila kita nak tidur, kita menguap, menunjukkan kita nk kerja kuat, tidur bukan satu kerja yg berat, sebab tidur tak memerlukan anda bersiap sedia, kerana semasa tidur, kita akan tarik oxygen lebih rendah drpd semasa kita sedar.

Sebab itulah mungkin haiwan menguap utk “menyiapkan diri” mereka sebelum menempuh hari yg penat.Contohnya, kucing akan menguap dan mengeliat bila bangun pagi.


Apa kata kita pulak buat satu eksperimen ringkas ini!:

1)Kalau kita nmpk org menguap dalam Kuliah (atau kat mane2), kita tgk pulak org sekelilingnya, ada peluang yang BESAR org lain pun akan menguap jugak.

2)Sebelum anda habis baca artikel ini pun, anda pun mungkin akan menguap walaupun hanya sekali.

*Tapi bukan maksud saya cakap yg anda ini suka menguap, tapi kalau kita perasan, bila kita cakap pasal menguap, kita sendiri pun akan menguap. Dan bila tengok org lain menguap, kita pun akan menguap.


Adab Menguap Dalam Islam

Drpd Abu Hurairah r.a., Nabi S.AW. bersabda:

“ Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya." (H.R. Al-Bukhari)


1. Berupaya semampunya tahan dan menolak menguap, terutama sekali semasa solat.

Rasulullah S.A.W., bersabda:

إِذَا تَثَاوَبَ أَحَدَكُمْ فِيْ الصَّلاَةِ فَلْيَْظِمْ مَا اسْتَطََانَيَدْخُلُ .


"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah dia berusaha menahan menguap dia itu seboleh yang mungkin kerana syaitan akan masuk (mulut yang terbuka)."
(H.R.Muslim dari Abu Sa'id ra)


2. Meletakkan tangan di mulut/menutup mulut
Tujuan; agar mulut tak terbuka, yg pd saat itu manusia terlihat buruk dan pd saat itu juga syaitan sedang menertawakannya.

Drpd Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).”
(H.R. Muslim)


3. Tidak mengeluarkan suara “Aaah” semasa menguap
(Ini yang selalu kita semua dengar dan buat)

Dalam hadith Nabi S.A.W.:

“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi (haaa haaa), kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.”

(H.R.Muslim, Ahmad dan At-Termizi)


4. Tidak mengangkat/meninggi suara ketika menguap
(berkait dengan hadith Rasul yang menyebut jgn bunyik ‘aah’ semasa menguap)


wallahualam.